Wednesday, May 2, 2018

Penganalisis ramal DUN tergantung di Kedah

 
   
PRU14 | Seorang penganalis politik meramalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan tergantung (hung) selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.
Menurut penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani, BN dijangka memenangi 16 daripada 36 kerusi, diikuti Pakatan Harapan (12) dan PAS (8).

Untuk membentuk kerajaan, parti atau sesebuah gabungan memerlukan 19 kerusi di DUN Kedah.
Mohd Azizuddin berkata, usaha BN mempertahankan Kedah terhalang kerana isu ekonomi tempatan dan kepimpinannya yang lemah.

Ini ditambah lagi dengan faktor Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad yang berasal dari Alor Setar dan menjadi perdana menteri selama 22 tahun, kini memimpin pembangkang untuk menjatuhkan BN.
"(Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri) Ahmad Bashah Md Hanipah tidak boleh dianggap pemimpin yang kuat.

"Di Kedah, mereka tidak memerlukan seseorang yang berpendidikan atau cemerlang, mereka hanya mahukan seorang pemimpin tempatan yang dapat melindungi mereka, seseorang yang rapat dengan rakyat di bawah, sudah cukup," kata Mohd Azizuddin.

Mohd Azizuddin berkongsi ramalannya pada siri seminar pilihan raya umum ke-14 anjuran Ikmas-Merdeka Center di Nottingham University, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa sentimen pilihan raya sangat dinamik dan pelbagai perkara boleh berubah semasa tempoh kempen.
"Banyak kerusi marjinal di Kedah dan ia boleh dimenangi sesiapa saja," katanya.
Mengenai PAS pula, Mohd Azizuddun berkata kajiannya mendapati parti itu berpotensi menjadi 'kingmaker' di DUN Kedah.

"Dan saya fikir kamu tahu di mana mereka akan swing," katanya.
Sementara itu, Mohd Azizuddin juga meramalkan BN akan mengekalkan tujuh kerusi parlimen di Kedah, lapan dimenangi HARAPAN manakala PAS tidak memenangi sebarang kerusi.

2 comments:

  1. Ramai yang akan kena beli oleh BN nanti..

    ReplyDelete
  2. Lingkupkan BN semaksimum yang mungkin. Pilihlah Pakatan Harapan.

    ReplyDelete