Wednesday, May 30, 2018

'Saya bukan lagi diktator'

 
   
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau perlu berbincang dengan kabinet tentang pendirian kerajaan dalam isu perjanjian dagangan.

Dr Mahathir juga mengusik bahawa beliau bukan lagi seorang diktator.
"Kami belum berbincang tentang perkara itu (perjanjian dagangan) tapi semua tahu pendirian saya tentang hal ini.
"Tapi sudah tentu, pendirian saya dipengaruhi oleh rakan-rakan saya dalam kabinet.

"Ini kerana saya bukan lagi diktator," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.
Dr Mahathir dikenali lebih cenderung kepada 'perjanjian dagangan adil' berbanding 'perjanjian dagangan bebas'.

Malaysia dan 10 negara Asia Pasifik pada 9 Mac lalu menandatangani Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Perjanjian itu merupakan alternatif kepada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang digugurkan selepas AS keluar daripada rundingan.
CPTPP tidak sekontroversi TPPA memandangkan ia tidak mengandungi tuntutan AS termasuk isu hak cipta.

Bagaimanapun, Malaysia dijangka tidak akan melaksanakan perjanjian itu sehingga 2019 kerana beberapa undang-undang berkaitan perjanjian itu belum dipinda.
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment