Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan
beliau menghalang Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dari
melawat Sabah kerana sentimen negatif rakyat di negeri itu terhadap
perdana menteri selama 22 tahun itu.
"Ini tidak benar, (hanya) bahawa pasukan kita mesti fokus dan dibahagikan untuk memastikan di mana kekuatan kita.
"Dan kita tahu kekuatan Mahathir adalah di semenanjung dan kekuatan
saya di Sabah," kata Shafie kepada Malaysiakini selepas berkempen di
Ranau hari ini.
Sebagai bekas presiden Umno, kekuatan Mahathir terletak untuk merampas sebanyak mungkin Umno di semenanjung, katanya.
"Kerusi Umno sini boleh ditumbangkan oleh bekas naib presiden Umno," kata Shafie merujuk dirinya sendiri.
"Tuduhan, persepsi tentang apa yang berlaku di sini adalah perkara
biasa, apa yang penting bukan sama ada Tun (Dr Mahathir) boleh datang
atau tidak, apa yang kita mahu ialah menjatuhkan Umno/BN."
Mahathir, katanya, lebih banyak diperlukan di semenanjung berbanding di Sabah.
Kedua-dua
Gabungan Sabah dan BN mendakwa bahawa WARISAN tidak membawa Mahathir ke
negeri itu kerana parti berkenaan bimbang dengan persepsi negatif
tempatan terhadap Mahathir.
Setiausaha BN Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendakwa bahawa
Shafie menasihatkan Dr Mahathir suapaya tidak datang berkempen di Sabah
menjelang hari mengundi 9 Mei ini.
Shafie, dakwanya, tahu bahawa peluang WARISAN akan terjejas jika beliau membawa Mahathir ke Sabah.
Ketua Gabungan Sabah Jeffrey Kitingan, pula berkata, kedua-dua
HARAPAN dan WARISAN tidak mahu bekas perdana menteri itu datang kerana
memahami sentimen rakyat berhubung Mahathir.
Sementara itu, ketika ditanya bagaimana beliau akan meyakinkan rakyat
Sabah untuk menerima Mahathir jika pengerusi HARAPAN itu menang dalam
pilihan raya dan kemudiannya dilantik sebagai perdana menteri sekali
lagi, Shafie berkata Mahathir juga pernah menymbang kepada pembangunan
Sabah pada masa lalu.
"Mahathir banyak berjasa bukan sahaja di semenanjung (tetapi) (juga) di Sabah. Sudah tentu manusia ada silapnya.
“(Tetapi) jika Anwar (Ibrahim), Lim Kit Siang, boleh melupakan apa
yang berlaku sebelum ini, demi kepentingan bersama, kenapa tidak kita
sebagai rakyat Malaysia, sebagai rakyat Sabah?" soalnya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment