Monday, May 7, 2018

Tan Sri Rafidah Aziz dan Mokhzani jawab Ainina....haha

7 Mei 2018
   
Tan Sri Rafidah Aziz dalam jawapannya kepada bekas anggota BERSATU, Anina Saadudin, yang mencabar bekas menteri Umno itu untuk mengisytiharkan harta, berkata asetnya diperoleh secara jujur.

"Aset yang dibeli oleh suami saya dan saya adalah dari hasil pendapatan kami yang diperolehi secara jujur dan bukan urusannya.
"Saya boleh menjawap kepada Allah mengenai aset saya," katanya kepada Malaysiakini.

Suami Rafidah, Allahyarham Tan Sri Mohamed Basir Ahmad adalah pengerusi Maybank selama 16 tahun dan bersara pada tahun 2009.

Sementara itu, bekas ketua Wanita Umno itu juga mencabar Anina untuk mendesak pemimpin kerajaan sementara untuk mengisytiharkan aset mereka.
Dikenali sebagai "wanita besi" Rafidah turut menjadikan penggantinya dan ketua Wanita Umno semasa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai sasaran.

"Suruh dia (Anina) minta 'wanita lembu' pulangkan balik duit rakyat," katanya.
Ini adalah jelas merujuk kepada laporan yang mendakwa Perbadanan Fidlot Kebangsaan masih berhutang lebih RM248 juta dengan kerajaan berhubung pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan.

Suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah pengerusi syarikat berkenaan, manakala anak-anak mereka pula adalah sebagai pengarahnya.
Bagaimanapun, SPRM telah membersihkan Shahrizat daripada ebarang penglibatan dalam pemberian kontrak dan pinjaman mudah RM250 juta kepada NFC itu.

Mokhzani: Tunjukkan bukti saya memiliki 448 syarikat
Sementara itu, anak pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mokhzani juga mencabar Anina untuk mendedahkan bagaimana dia mendapat maklumat bahawa dirinya memiliki kekayaan sehingga RM170 bilion dan mempunyai 488 syarikat.

Ahli perniagaan itu juga menuntut Anina supaya membuktikan dakwaannya.
Mokhzani juga menjelaskan bahawa kontraknya dengan syarikat minyak negara Petronas diperoleh dengan cara yang telus menerusi sahamnya dalam firma Kencana Sapura Berhad.

Pada sidang akhbar semalam, Anina menjadikan Rafidah dan dua lagi veteran Umno, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim, sebagai sasaran dan menggambarkan mereka sebagai "kartel lama" Mahathir.
Dia mencabar ketiga-tiga mereka untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

No comments:

Post a Comment