Friday, June 15, 2018

Lelaki tawar diri jadi pengantin

Lelaki tawar diri jadi pengantin
Guo Anchuan tawar diri jadi pengantin.
SICHUAN - CHINA. Di tepi sebuah jalan di China, kelihatan seorang lelaki berpakaian pengantin perempuan sedang duduk sambil memegang sepana di tangan. 

Poster di sebelahnya tertulis ,”Mahu berkahwin untuk selamatkan anak, rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya anda membantu menanggung kos rawatan anak saya”
Guo Anchuan, 45 seorang tukang kayu kini terdesak mencari wang bagi membiayai rawatan anak perempuannya yang menghidap leukemia sejak berumur empat tahun. 

Ditanya mengapa memakai gaun pengantin perempuan, Anchuan berkata, ia untuk menarik lebih banyak perhatian. 
“Saya tidak lagi berfikir tentang maruah, apa yang penting anak saya dapat diselamatkan,” ujarnya. 
Menurut lelaki itu, anaknya

Guo Yuting telah menjalani lapan sesi kemoterapi sebelum kanser itu kembali menyerang awal tahun ini. 
Pembedahan segera harus dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

Setakat ini, Anchuan berjaya mengumpul 16,000 Yuan (RM 9,960) namun ia masih belum mencukupi untuk menampung kos pembedahan. - SCMP

No comments:

Post a Comment