Sunday, June 24, 2018

Pemilihan Puteri Umno Bukit Bintang kecoh, perwakilan diludah

Bernama  |  Diterbitkan
   
Mesyuarat dan Pemilihan Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang dicemari dengan insiden pergaduhan antara beberapa anggota Puteri dan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, hari ini.

Kekecohan berlaku ketika proses pengiraan undi sedang berjalan.
Ia dipercayai bermula apabila ada individu secara tiba-tiba meludah salah seorang perwakilan yang hadir dalam majlis tersebut.

Pergaduhan itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum berjaya dileraikan.
Menurut seorang perwakilan, kejadian berlaku apabila pintu bilik pengiraan undi tiba-tiba ditutup.

Katanya timbul rasa tidak puas hati beberapa pihak sehingga berlaku provokasi yang menyebabkan keadaan bertukar kecoh.
"Saya pelik kenapa pintu bilik undi tiba-tiba ditutup? Seharusnya ia dibuka bagi kesemua orang dapat melihat proses itu dijalankan secara telus,” katanya.

Seramai 74 perwakilan hadir ke mesyuarat dan pemilihan Puteri bahagian tersebut.
Bernama

1 comment: