Tuesday, July 3, 2018

Ganas betul isteri dia ni

Isteri kerat, buang kemaluan suami keluar tingkap

Isteri kerat, buang kemaluan suami keluar tingkap
Karuna Sanusan mengerat kemaluan suaminya, Siripan, gara-gara menjalin hubungan bersama wanita lain. 
 
BANGKOK - THAILAND. Seorang lelaki di Thailand terpaksa menanggung kesakitan apabila kemaluannya dikerat sebelum dibuang keluar tingkap oleh isterinya gara-gara menjalin hubungan bersama wanita lain.

Karuna Sanusan, 24, berasal dari Kemboja memberitahu polis dia mengejutkan suaminya, Siripan, 40, daripada tidur lalu mengerat kemaluan lelaki berkenaan menggunakan pisau.

Sanusan lalu mencampak keluar kemaluan suaminya daripada tingkap bilik tidur kediaman mereka di Sriracha, Bangkok.
Pihak polis tiba bersama pasukan paramedik setelah menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang terdengar jeritan mangsa.

Siripan segera dibawa ke Hospital Samitivej Sriracha namun menurut sumber paramedik, mangsa kehilangan banyak darah dan mungkin akan mengalami kecacatan kekal.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Sriracha Kolonel Somkid Boonlert berkata, dalam kejadian awal pagi semalam, si isteri mengaku mengerat kemaluan suaminya kerana berang dengan kecurangan lelaki berkenaan.
"Polis telah menahan Sanusan untuk tindakan lanjut dan tidak dibenarkan menemui suaminya," ujar  Boonlert. - Dailymail

No comments:

Post a Comment