Thursday, August 16, 2018

Terima kasih Rafizi, tak perlu berdebat, kata Azmin

Azmin Ali
Azmin Ali
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak nampak kewajaran berdebat dengan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bersempena pemilihan parti kali ini.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, hal ini kerana ia hanyalah pemilihan dalaman parti memilih Timbalan Presiden PKR dan bukan pilihan raya presiden.

“Saya ucap terima kasih kepada saudara Rafizi tapi saya tak nampak kewajarannya (berdebat).
“Kerana ini ialah pemilihan dalam parti, bukannya pilihan raya presiden,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kesediaan Rafizi semalam yang sedia berdebat dengannya sempena pemilihan parti kali ini.

Sebelum ini, Rafizi telah menyatakan kesediaannya berdebat dengan Mohamed Azmin dan berkata memalukan jika beliau menolaknya kerana Umno telah melakukannya sebelum ini.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin berkata, PKR perlu dilihat lebih kuat selepas pemilihan parti.
Dalam perkembangan lain, beliau menolak ura-ura kononnya sekiranya ahli PKR mengundinya dalam pemilihan kali ini bermakna mengenepikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri ke-8.

“Ini pemilihan parti PKR, tak ada kaitan dengan kedudukan dalam kerajaan.
“Ia hanya proses normal yang dilalui PKR tak libatkan langsung kedudukan kerajaan keseluruhannya,” ujarnya.
Sinar Harian

No comments:

Post a Comment