22 Oktober 2018
Foto: Internet.
BEIJING - Komite disiplin tempatan di
Provinsi Hunan, China bahagian tengah menyiasat kes mengenai seorang
guru perempuan yang dibawa ke balai polis kerana membuat siswanya
berdiri, menyetrap siswanya sebagai hukuman.
Melalui pernyataan pada Khamis, departemen publisiti di
Kabupateng Zhuzhou mengesahkan bahwa seorang guru perempuan dibawa ke balai polis untuk disoalsiasat dan bahwa wakil ketua balai polis
itu telah dipecat. Penyiasatan lebih lanjut sedang berlangsung dan
hasilnya keluar pada Jumaat minggu ini.
Berdasarkan laporan dari paper.com yang dilansir China Daily News, Isnin (22/10/2018), guru berusia 27 tahun yang bernama marga He itu
mengajar di Sekolah Rendah Yuhong. Dia dibawa dari ruang kelas oleh
beberapa polis dari Balai Polis Daerah Lukou pada Selasa pagi. Dia ditahan
selama lebih dari tujuh jam di ruang interogasi dan baru dilepaskan
sekitar pukul 3 petang.
Alasan penahanan itu adalah kerana He menyetrap seorang siswa
perempuan yang datang terlambat di depan kelas selama beberapa minit.
Siswi itu kemudian menghubungi ayahnya, yang kemudian membawa polis
yang membawa sang guru ke balai polis.
"Saya tidak tahu siapa yang memberi wakil pimpinan balai polis kewenangan seperti itu? Apa yang saya lakukan salah? Saya tidak pernah
menampar anak hanya kerana dia terlambat. Mengapa saya harus menerima
perlakuan semacam itu kerana saya bekerja sangat rajin ?" kata He
melalui pesan di grup WeChat ketika dibawa ke balai polis. Keterangan
itu disahkan oleh para koleganya.
No comments:
Post a Comment