Wednesday, November 14, 2018

Anwar: Tak boleh tangguh pemilihan PKR, walaupun sistem e-undi banyak masalah

Anwar Ibrahim berkata, terdapat pelbagai rungutan, lebih-lebih 
lagi dalam pemilihan PKR Bahagian Julau di Sarawak, Sabtu lalu.
(Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan PKR tidak boleh ditangguhkan, walaupun timbul banyak masalah akibat pelaksanaan sistem e-undi buat pertama kali tahun ini.

“(Sistem e-undi) memang banyak keresahan kerana dianggap tidak telus dan undi ragu pun banyak. Banyak masalah saya akui.
“Tapi, yang pentingnya proses itu kena jalan, teruslah tak boleh tangguh lagi, tapi saya tahulah kelemahan sistem itu. Memang diakui dari awal,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Presiden PKR itu berkata, setiap calon perlu menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR dan membuat aduan mengikut proses sedia ada, jika timbul sebarang rasa tidak puas hati. FMT

1 comment:

  1. SPRM dahulu satu billion lebih baik dan berintegriti berbanding badan yang menguruskan pemilihan PKR. Pemilihan PKR dilihat penuh dengan penipuan, masalah e voting dan sebagainya, tiada integriti, disarankan dibuat pemilihan semula... Walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk mengucapkan TAKZIAH kepada Rafizi...

    ReplyDelete