Bekas Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya,
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Utusan Malaysia Online yang
memetik sumber, melaporkan Tengku Adnan ditahan pada jam 3.15 petang
selepas tiba untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu
penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Tengku Adnan sudah sampai ke ibu pejabat SPRM, selepas tiba pada pukul 3.15 petang beliau terus ditahan,” katanya.
Tengku
Adnan hari ini dipanggil bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes
penjualan tanah DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Difahamkan,
Tengku Adnan akan didakwa esok berhubung siasatan kes berkenaan
termasuk 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas
lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.
Baru-baru ini, media
melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah
DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion disiasat oleh pasukan
khas Kementerian Wilayah Persekutuan dan SPRM sejak 31 Julai lalu.
Pada bulan lalu, Tengku Adnan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah tersebut
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment