Dua sultan hari ini menyatakan rasa dukacita apabila nama mereka
dikaitkan kononnya akan hadir menyertai himpunan di Kuala Lumpur esok.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menafikan khabar angin yang mendakwa baginda akan menyertai perhimpunan bantahan terhadap cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) itu.
Justeru Sultan Sharafuddin yang dukacita dengan penularan berita tidak benar itu menitahkan semua pihak agar tidak melibatkan nama baginda dengan mana-mana perhimpunan yang dianjurkan parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Perkara itu dimaklumkan oleh setiausaha sulit baginda, Mohamad Munir Bani.
“Sultan Selangor menitahkan supaya mana-mana pihak tidak melibatkan nama baginda dengan mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh parti poliltik atau NGO.
“Kenyataan seperti ini boleh mengelirukan masyarakat.
"Sultan Selangor sebagai sultan yang memerintah negeri tidak seharusnya dilibatkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak,” kata Mohamad Munir.
Melalui ciapan tersebut disertakan sekeping gambar menunjukkan DAP mahu menjatuhkan institusi yang memayungi orang Melayu.
Sementara itu Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sesuatu berita yang tular di media sosial.
Malah baginda juga mengingatkan pada waktu ini banyak berita palsi disebarkan.
"Jangan mudah mempercayainya atau terpengaruh dengan apa saja berita palsu yang anda baca, sebaliknya sentiasa menyemak terlebih dahulu faktanya," titah baginda.
Sultan Ibrahim kini berada di Jepun kerana melakukan lawatan peribadi.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menafikan khabar angin yang mendakwa baginda akan menyertai perhimpunan bantahan terhadap cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) itu.
Justeru Sultan Sharafuddin yang dukacita dengan penularan berita tidak benar itu menitahkan semua pihak agar tidak melibatkan nama baginda dengan mana-mana perhimpunan yang dianjurkan parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Perkara itu dimaklumkan oleh setiausaha sulit baginda, Mohamad Munir Bani.
“Sultan Selangor menitahkan supaya mana-mana pihak tidak melibatkan nama baginda dengan mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh parti poliltik atau NGO.
“Kenyataan seperti ini boleh mengelirukan masyarakat.
"Sultan Selangor sebagai sultan yang memerintah negeri tidak seharusnya dilibatkan dengan sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak,” kata Mohamad Munir.
Semak baru percaya
Semalam,
terdapat sebaran di Twitter yang mendakwa baginda dan Sultan Johor
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, serta pemangku Sultan Pahang Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah akan turun bersama orang ramai dalam himpunan
tersebut.Melalui ciapan tersebut disertakan sekeping gambar menunjukkan DAP mahu menjatuhkan institusi yang memayungi orang Melayu.
Sementara itu Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sesuatu berita yang tular di media sosial.
Malah baginda juga mengingatkan pada waktu ini banyak berita palsi disebarkan.
"Jangan mudah mempercayainya atau terpengaruh dengan apa saja berita palsu yang anda baca, sebaliknya sentiasa menyemak terlebih dahulu faktanya," titah baginda.
Sultan Ibrahim kini berada di Jepun kerana melakukan lawatan peribadi.
Malaysiakini
Puak2 ni sanggup buat apa saja. Nama sultan pun digunakan . Ish...ish...ish...
ReplyDelete