Friday, February 1, 2019

Komen peguam negara terhadap bekas anggota SPR tidak hormat tribunal, kata peguam

Peguam Negara Tommy Thomas ditempelak berhubung kenyataannya
 terhadap 6 bekas pesuruhjaya SPR yang disiasat kerana dakwaan salah laku.
PETALING JAYA: Seorang peguam mempersoalkan peguam negara berhubung kenyataannya bahawa 6 bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disiasat oleh sebuah tribunal susulan dakwaan salah laku semasa pilihan raya umum 9 Mei tidak akan terlepas daripada hukuman walaupun meletakkan jawatan tahun lepas.

R Kengadharan yang mewakili seorang bekas pesuruhanjaya SPR itu berkata, kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas “tidak menghormati” dan menjatuhkan imej 6 individu terbabit.
“Kenyataan peguam negara, yang berlawanan sama sekali dengan pendirian pegawai pelaksana beliau semasa prosiding Isnin lepas, tidak menghormati tribunal,” kata Kengadharan.

Beliau berkata, kenyataan Tommy boleh dilihat sebagai langkah untuk menekan anggota tribunal yang akan membuat keputusan sama ada pendengaran patut diteruskan atau sebaliknya

No comments:

Post a Comment