PAS mengesahkan rakaman audio isu PAS menerima dana daripada
Umno itu mengandungi suara anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh
Nik Abdul Aziz.
Malah kata Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin
Hassan, Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang
dicanang oleh musuh politik PAS tidak menggambarkan perkara sebenar.
"Memang Nik Abduh akui itu suara dia, tetapi tidak membawa konteks dan maksud yang sebenar.
"Yang
disebut soal PAS terima duit Umno, bukan itu saja, banyak lagi huraian.
Jadi pada saya untuk memahami konteks ayat di dalam audio seseorang itu
perlu melihat dan meneliti secara keseluruhan.
"Dari minit pertama hingga minat terakhir, " katanya kepada media ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu
isu rakaman audio yang didakwa mengandungi suara Nik Abduh kembali
timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan di luar
mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.
Beberapa
hari selepas media melaporkan kes saman fitnah itu tidak akan
diteruskan, dua pengguna Facebook tampil mengaku menjadi "saksi hidup"
berhubung rakaman audio itu.
Pengguna Facebook bernama Dr Muhammad Atiullah Othman dalam satu perkongsian pada 4 Februari lalu mendakwa "menjadi saksi" ketika Nik Abduh membuat 'pengakuan menerima duit Umno'.
Takiyuddin
yang juga anggota parlimen Kota Bharu pada hari ini turut ditanya
mengenai kesahihan rakaman video ceramah Timbalan Presiden PAS, Tuan
Ibrahim Tuan Man yang memberi gambaran berlaku pengkhianatan pihak
tertentu yang menyebarkan rakaman audio tersebut yang disifatkan sebagai
perbincangan sulit.
Khianat rakam majlis tertutup
Dalam petikan ceramah itu Tuan Ibrahim berkata seperti berikut:
"Kalau kita buat benda, jangan khianat rakam apa yang majlis tertutup, sedang riuh cerita Nik Abduh dan rakaman.
"Majlis
tertutup ada (yang) khianat rakam majlis tertutup, sebar pula. Kerana
kalau kita petik sedikit, jadi fitnah," katanya dalam video berdurasi 23
saat yang tersebar sejak beberapa hari lalu.
Sementara itu, Takiyuddin ketika ditanya sekali lagi
mengenai kesahihan suara Nik Abduh menegaskan, perkara itu diakui
sendiri oleh Nik Abduh.
"Bila kita dengar audio, kita kena dengar
keseluruhan tak boleh ambil separuh, kalau separuh memang ada benda tak
kena, termasuk audio Nik Abduh.
"Kena ambil semua sekali, baru
tahu hujung jatuh apa maksud kenyataan. Termasuk kenyataan timbalan
presiden buat, kena tengok keseluruhan konteks ayat," jelasnya.
Sebagai
rekod, Nik Abduh sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan audio
itu adalah suaranya dan menegaskan itu adalah fitnah.
Menjelang PRU14, Nik Abduh berkata rakaman audio itu bukan suaranya.
“Isu
yang paling utama mereka nak panjangkan PAS terima duit Umno, mereka
cipta rakaman mendakwa saya mengakui dan saya nafikan, rakyat dah muak
dengan isu sebegini," katanya pada 5 April 2018.
Duit dari parti Umno dan orang Umno tak sama maksud
Dalam
perkembangan sama Takiyuddin berkata, konteks audio Nik Abduh mesti
lihat daripada awal hingga akhir bagi memahami konteks ayat.
"Sebagai
contoh, bila Nik Abduh kata Tok Guru Nik Aziz pun terima duit Umno,
bukan duit Umno, tapi duit orang Umno yang beri sumbangan terutama
(untuk) sekolah Maahad Darul Anwar
"Ada
orang yang ideologi Umno, tapi bila Tok Guru nak buat sekolah, dia nak
bagi sumbangan, bukan maksud duit daripada parti Umno, tapi duit
daripada orang atau ahli Umno," kata Takiyuddin
Tambah beliau, PAS memegang konsep menerima sumbangan daripada sesiapa yang mahu berbuat demikian.
"Konsep
kita siapa nak beri sumbangan, pertama kita kena terima, benda ini tak
perlu tanya Umno ke PAS ke, daripada parti Umno ke, tak ada.
Maksudnya
begitu, tapi orang ambil separuh jalan. PAS siasat dan meneliti
daripada awal lockasi yang berlaku, sehingga berlaku ucapan itu. Kita
boleh mengesahkan konteks ayat bukan sebagaimana dicanangkan," katanya
No comments:
Post a Comment