Tuesday, February 12, 2019

Tubuh Majlis Tindakan Ekonomi tunjuk kegagalan Kabinet, kata penasihat media PM

 
Kadir Jasin berkata, media sosial yang membantu kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14 tahun lalu boleh menjatuhkan gabungan itu, jika anggota Kabinet tidak memperbaiki prestasi mereka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan kegagalan Kabinet dalam menangani isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat, kata Datuk A Kadir Jasin.
Penasihat khas media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata, selepas 8 bulan Pakatan Harapan (PH) menerajui Putrajaya, pentadbiran 4 parti itu belum menampakkan hasil yang boleh dirasai rakyat.

“Yang tersurat adalah Dr Mahathir memerlukan sebuah badan khas bagi meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal-hal penting dan segera mengenai ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat jelata.
“Yang tersirat adalah perdana menteri secara langsung mengakui jentera sedia ada, khususnya Kabinet, tidak memadai bagi menangani isu-isu yang disebutkan itu.
“Kita tidak perlulah berpura-pura kerana hendak menjaga hati sesiapa atau mana-mana pihak,” tulisnya dalam blognya hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang bertujuan merancak dan merangsang pertumbuhan ekonomi mampan, pengagihan kekayaan yang saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Katanya, majlis itu ditubuhkan untuk bertindak ke atas maklum balas dan masalah dihadapi rakyat, khasnya berkaitan ekonomi dan ia juga akan meneliti isu kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah.

Hari ini, Kadir menasihatkan anggota Kabinet lebih kerap turun padang mendengar masalah rakyat serta mengurangkan catatan remeh-temeh di media sosial kerana semakin ramai rakyat kecewa dengan prestasi kerajaan PH dan perdana menteri sendiri tidak terlalu puas hati dengan prestasi menterinya.

“Boleh kata setiap kali beliau (Dr Mahathir) bersemuka dengan orang ramai dan wartawan, beliau ditanya berkenaan menteri yang tidak cekap, amat jarang melawat rakyat, asyik berswafoto dengan pegawai-pegawai sendiri, susah ditemui dan menteri yang tidak bercakap benar mengenai hal peribadi.

“Saya lihat dengan mata kepala sendiri, menteri disambut macam raja oleh pegawai menteri dan dikawal rapi polis apabila turun padang sehingga susah untuk rakyat menghampiri mereka.
 
“Kalau boleh atau kalau berani, tolong kawal anak bini supaya tidak hebahkan gambar dan cerita kemewahan melancong ke pergunungan Alps, menaiki jet peribadi atau terbang kelas pertama ke Monte Carlo.”

Katanya, media sosial yang membantu kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14 lalu boleh menjatuhkan gabungan itu, jika anggota Kabinet tidak memperbaiki prestasi mereka.

“Amat tidak bertanggungjawab dan dangkal sekiranya mengharapkan perdana menteri menyelesaikan dan membersihkan semua najis yang dilakukan menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri.

“Baliklah selalu ke kawasan atau negeri dan kurangkanlah sikit tabiat tidak berada di kawasan supaya tidak dituduh malas atau curi tulang.”
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM itu berkata, 3 aspek yang akan menentukan PH lulus atau gagal mentadbir negara, iaitu kos sara hidup, pekerjaan dan keselamatan.

“Tak guna kita bercakap mengenai hal-hal yang tinggi melangit, kalau perkara-perkara asas seperti harga dan bekalan makanan, pengangguran, pengangkutan, pelajaran, kesihatan dan perumahan rakyat jelata tidak ditangani dengan lebih baik daripada kerajaan dahulu.”

2 comments:

  1. Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya YUSUF saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      6: Pelet pemikat hati untuk pria
      7: Pesugihan tanpah tumbal
      8: Dukun santet paling ampuh
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SELAM KOMPAK SELALU

      (1)"http://angkaramalantogel.blogspot.co.id/"

      (2) "Pelet Khusus Untuk Pemikat Hati Pria"

      (3) "Ilmu Santet Ganas"

      (4) "Asli Pusat Pesugihan Putih Tanpa Resiko"

      Delete