Sunday, August 28, 2011
400 kali diserang, namun lelaki ini selamat
Seorang lelaki berusia 95 tahun selamat setelah disengat sekawanan lebah sebanyak 400 - 600 kali. Lelaki ini disengat ketika berjalan melewati sebuah apartmen di Redondo Beach, pinggiran New York, di mana seorang pembasmi lebah tengah menyemburkan racun ke sarang lebah raksasa.
Seperti dlaporan Telegraph, pada 26 Ogos 2011, lebah-lebah tersebut merasa sangat terganggu dan langsung menyerang si pembasmi yang mengenakan kostum khas pada Rabu 24 Ogos. Walau sempat tersengat beberapa kali, namun si pembasmi boleh cepat pulih.
Nasib kurang baik dialami lelaki 95 tahun yang namanya tak disebutkan itu, kerana dia kemudian disengat. "Lelaki ini berusaha berlari sangat laju untuk ukuran manusia 95 tahun. Menurut puterinya, ketika kejadian ada truk FedEx melintas, terkejut kerana dia dapat melompati truk tersebut," kata Sersan Phil Keenan. Pemandu truk juga tersengat lebah.
Pasukan pemadam kebakaran yang memakai pakaian pelindung datang dan berusaha mengusir lebah dari tubuh lelaki itu, lalu dia segera dikejarkan pun ke rumah sakit untuk mendapatkan rawatan akibat serangan ratusan lebah.
"Begitu sudah hitungan ke-400-600 kali, rumah sakit menyerah dan tak boleh menghitung lagi," kata Sersan Keenan. "Lelaki ini mungkin tersengat sekitar 500 atau 600 kali. Yang jelas dia tidak mengalami alergi, walaupun dia tersengat banyak di bahagian mulut, mata, hidung, dan telinga."
Puteri si lelaki memberitahu polis bahawa keadaan ayahnya ketika ini sudah pulih, bahkan sudah boleh bergurau. Ayahnya dibenarkan pulang oleh doktor pada Khamis 25 Ogos.
Para pembasmi lebah sudah berkali-kali mencuba mengenyahkan sarang-sarang lebah raksasa dari atap bangunan apartmen. Kadang-kadang mereka sampai terpaksa membuang atap, dan menemukan lebih dari 45 kilogram sarang lebah dan madu di baliknya.
Pembasmian akan kembali dikerahkan pada Khamis malam. Polis berkemungkinan akan memasang pagar betis untuk tindakan keselamatan.
Menurut Kementerian Pertanian AS, kawanan lebah Afrika atau lebih dikenal dengan lebah pembunuh lebih sering berkerumun dari jenis yang sama di Eropah. Mereka juga dapat menjadi sangat defensif dalam melindungi sarangnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment