Sunday, August 28, 2011
Ghadafi adalah penggemar tegar bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice.
TRIPOLI - Pemimpin Libya Moammar Ghadafi memang dikenali sebagai lelaki yang hebat dikelilingi oleh perempuan-perempuan cantik. Terakhir baru saja terbongkar bahawa Ghadafi adalah penggemar tegar bekas Setiausaha Amerika Syarikat Condoleezza Rice.
Sebagai perempuan, Condoleezza Rice memang dikenali sebagai sosok dengan karea yang mengagumkan. Tidak hairan banyak pihak yang mengaguminya termasuk juga Ghadafi.
Ghadafi sepertinya memang jatuh cinta kepada perempuan yang biasa dipanggil dengan nama Condi ini. Terbukti ketika pihak oposisi memasuki kediamannya di Bab al-Aziziya, Tripoli, banyak ditemukan koleksi foto dari Condi. Demikian laporan thedailybeast, keluaran 28 Ogos 11.
Pihak Kementerian Luar AS menyebut penemuan tersebut adalah sesuatu yang aneh dan menakutkan. Tetapi hubungan Ghadafi dengan perempuan memang dikenal sangat aneh. Pernikahan pertamanya dengan Fatiha al-Nuri pada 1968 lalu hanya bertahan enam bulan.
Kemudian beliau bertemu dengan isteri sekarang, Safia Farkash, ketika Farkash menjadi seorang jururawat yang sedang merawat Ghadafi ketika itu menderita usus buntu. Mereka menikah antara tahun 1970.
Baru-baru ini, Khadafi juga menarik perhatian banyak pihak ketika dirinya kerap dikelilingi oleh perempuan-perempuan Ukraine yang berpakaian jururawat.
Kebocoran kawat diplomatik Kedutaan Besar AS oleh WikiLeaks disebutkan, "Ghadafi amat bergantung kepada jururawat dari Ukraine, Galyna Kolotnytska yang dianggap sebagai si Rambut Perang nan seksi". Dikhabarkan juga , Ghadafi tidak dapat melakukan perjalanan tanpa ditemani oleh Kolotnytska.
Tetapi bulan Mac lalu, Kolotnytska memutuskan untuk pulang ke negaranya. Sementara itu jururawat lainnya Oksana Balinskaya, mengatakan hubungan antara Kolotnytska dan Ghadafi adalah murni profesional dan tidak pernah terlibat hubungan seksual ataupun romantis.
Ghadafi juga dikenali dengan sekumpulan pengawal perempuan yang diketahui amat berbahaya dan juga dimestikan masih perawan. Terlebih dari itu, Ghadafi memang tidak boleh dilepaskan dari para perempuan cantik.
Pada 2007 dan 2009, Ghadafi diberitakan bertemu dengan ratusan perempuan Peranchis dan Itali . Pertemuan ini sengaja dilakukannya ketika mengunjungi kedua negara tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment