Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yakin undi Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tergugat sekiranya Presiden Jalur Tiga, Hasan Ali berhasrat untuk bertanding di kawasan itu semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.
Katanya,
pihaknya tidak ada masalah menerima kedatangan bekas Pesuruhjaya PAS
Selangor itu sebagai calon melawan PAS merebut kerusi Parlimen Shah
Alam.
“Saya mengalu-alukan kedatangan beliau tapi saya yakin orang Shah Alam pun tak begitu berminat dengan dia.
“Pengundi dah
nampak perwatakan dia yang melanggar disiplin dan mengkhianati keputusan
kepimpinan PAS ketika dulu,” katanya di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam
hari ini.
Hasan Ali
semalam dalam kenyataannya semalam berkata dirinya sedang meneliti
kemungkinan sama ada mahu bertanding mempertahankan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dan mencuba nasib Parlimen Shah Alam.
Katanya, ini
berikutan wujud permintaan beberapa pihak yang mahu beliau terus
bertanding PRU13 termasuk daripada beberapa pemimpin Ulama PAS sendiri.
Khalid dalam
responnya bagaimanapun berkata, hasrat bekas Exco Selangor itu jelas
mahu memecahkan undi yang majoritinya masyarakat Melayu yang bakal
menyaksikan perebutan kerusi tiga penjuru.
“Saya yakin
Barisan Nasional (BN) tak mungkin akan membenarkan Hasan Ali menggunakan
logo BN kerana mereka sudah ada calon sendiri yang lebih wibawa.
“Nak tahu
prestasi dia macamana, kena tanya orang Gombak Setia,” katanya yang
berhasrat untuk mempertahankan kerusi Shah Alam buat penggal kedua.
Munajat Selamatkan Malaysia
Sementara itu,
dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul
mengumumkan satu program Munajat Selamatkan Malaysia dan Forum Lahad
Datu: Rakyat berhak tahu di Stadium Malawati Shah Alam Selangor pada
Ahad ini.
Progran anjuran
Sekretariat Pakatan Rakyat itu menurut Johari diadakan bagi mengemukakan
jawapan serta respon berhubung isu Lahad Datu yang
selama ini dimanipulasi media arus perdana untuk menyerang Pakatan Rakyat menjelang PRU13.
selama ini dimanipulasi media arus perdana untuk menyerang Pakatan Rakyat menjelang PRU13.
Antara ahli
panel forum ialah beberapa bekas pemimpin tertinggi anggota keselamatan;
Leftenan Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brigedier Jeneral (B)
Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksama Pertama (B) Imram Abdul Hamid, serta
bekas ketua Cawangan Khas Sabah ACP (B) Mohd Yusoff Babjee.
Beberapa
pemimpin Pakatan akan turut hadir berucap antaranya Presiden PAS Tuan
Guru Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali serta bekas Ketua Pemuda Sosialis
DAP Anthony Loke Siew Fook.
No comments:
Post a Comment