Monday, February 1, 2016

Kumpulan anti-Mukhriz ‘goyang’, turunkan kain rentang

 | January 31, 2016
Beberapa kain rentang meminta Mukhriz dikekalkan yang dipasang oleh penyokongnya telah diturunkan
kain-rentang
ALOR SETAR: Kumpulan anti Mukhriz dilihat `goyang’ apabila dipercayai menurunkan kain rentang yang dipasang oleh penyokong Menteri Besar itu di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Tinjauan FMT malam tadi mendapati, kain rentang yang ditulis dengan ayat-ayat “MB Kedah tak pernah ada yang berjiwa rakyat cam nie (Mukhriz)”, “Apa lagi tuan-tuan semua mahu tahu” dan “Semoga DSMM dan Negeri Kedah Sentiasa di bawah Lindungan, Amin, telah diturunkan.

Kumpulan anti Mukhriz dipercayai bimbang dengan sokongan padu para penyokong Menteri Besar itu yang akan mengadakan perhimpunan aman pada hari ini.
Dalam pada itu, menurut sumber terdekat yang merupakan salah seorang penggerak dalam kumpulan perhimpunan aman itu berkata, perhimpunan tersebut akan turut dihadiri Mukhriz.

Usaha itu dilihat sebagai tanda protes terhadap 14 Ketua Bahagian yang meminta supaya Mukhriz digugurkan daripada jawatan Menteri Besar.

Kemelut politik Kedah sudah masuk lebih seminggu dan sehingga hari ini Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak masih belum mengumumkan nama baharu menteri besar walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, dipercayai bagi membincangkan mengenai nama menteri besar baharu.
FMT

No comments:

Post a Comment