Monday, February 1, 2016

Pas minta DAP tidak bertanding di kawasan PAS

FMT | February 1, 2016
PAS akan memastikan tiada pertandingan tiga penjuru dengan PKR dalam PRN Sarawak.
tuan-man,mutafa,pas-,DAP
KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan parti itu tidak akan bertanding di kawasan PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka pada Mac atau April ini.
Namun, jaminan PAS itu hanya terpakai kepada PKR sahaja tetapi tidak kepada DAP.

“Kita tidak ada perbincangan dengan DAP. Kita akan bincang dengan PKR seboleh mungkin untuk tidak bertembung dengan PKR. Hanya dengan PKR sahaja,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS, hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berharap agar DAP tidak meletakkan calon mereka di kawasan yang ditandingi PAS bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.
“Kita harap DAP tidak masuk tempat PAS masuk. Supaya tidak timbul pertembungan,” jelasnya.
Sekiranya masih berlaku pertembungan tiga penjuru, Tuan Ibrahim menjelaskan peluang parti Islam itu untuk terus menang masih wujud.

“Kita tengok demografi. Demografi setiap DUN, kadang-kadang peluang untuk menang ada.
“Kadang-kadang tiga penjuru sekalipun, tidak bermakna peluang kita tidak ada. Kadang-kadang tiga penjuru itu, kita ada ruang untuk mencapai kemenangan,” kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment