Malaysiakini 23/2/17
Selepas membongkar suaminya sebagai penyokong tegar perdana menteri,
pembangkang hari ini membangkitkan pula dakwaan penyertaan Tan Sri
Madinah Mohamad dalam program Umno.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata ketua audit negara yang
baru itu telah dirakam hadir dalam program-program Umno, seperti di
kawasan suaminya di Kepong.
"Saya terpanggil untuk membangkitkan persoalan lebih mendalam, terutamanya berkaitan beberapa laporan media melibatkan Madinah.
"Dalam laporan tersebut, beliau dan dif-dif kehormat telah bergambar
di hadapan beberapa replika cek dengan logo Umno Permatang Pauh," kata
Fahmi dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
Menurut Fahmi, hal tersebut menimbulkan keraguan sama ada apakah
patut seorang pegawai kanan kerajaan menghadiri program parti politik
seperti itu.
The Star pada April 2016 melaporkan Madinah selaku ketua setiausaha
Kementerian Pendidikan hadir dalam pelancaran program yang dibiayai Umno
Permatang Pauh.
Pada 3 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Madinah merasmikan program di Kepong bersama suaminya Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang juga ketua Umno bahagian itu.
"Bagi saya, walaupun beliau telah bersara wajib dari menjadi KSU Kementerian Pendidikan tetapi kehadirannya merasmikan program suaminya menimbulkan pelbagai tanda tanya.
"Bagi saya, walaupun beliau telah bersara wajib dari menjadi KSU Kementerian Pendidikan tetapi kehadirannya merasmikan program suaminya menimbulkan pelbagai tanda tanya.
"Seorang ketua audit negara perlu bebas, neutral dan tidak terlibat
dalam politik kepartian serta perlu dilihat bebas, neutral dan tidak
terlibat dalam politik kepartian," kata Fahmi.
Fahmi juga menuntut Madinah wajib melepaskan jawatan dan keanggotaan partinya
No comments:
Post a Comment