Sinar Harian
KOTAWARINGIN BARAT - INDONESIA. Ketua polis dan Pemadam Kebakaran
Daerah Kobar, Herman F Lion naik hairan dengan pengakuan seorang lelaki
yang mengakui bahawa dia berkasih dengan pondan walaupun sudah lapan
bulan berdampingan dan pernah melakukan hubungan intim.
Memetik laporan Sindonews, Rizki Budiman, 26, mendedahkan perkara itu
tatkala memberi keterangan selepas ditangkap polis bersama pasangan
kekasihnya Lauren, 21, kerana didapati berkhalwat.
"Masak, sudah menjalin hubungan cinta tidak tahu itu pondan, tetapi itu
urusan mereka, memang pengakuan Rizki baru mengetahui bahawa Lauren
adalah pondan setelah mereka ditangkap semalam," kata Herman pada Jumaat
lalu.
Rizki yang berasal dari Pinang Merah, Pangkalan Bun, dan Lauren yang
berasal dari Manis Mata, Bandar Kalimantan Barat (Kalbar), ditangkap
polis ketika berada di tempat gelap kawasan Pangkalan Bun Park.
Dalam pada itu, menurut polis, kedua-dua mereka dibebaskan kerana tiada bukti kukuh ketika menahan mereka.
Mereka hanya diberi teguran dengan beberapa kali Rizki berkata "dia tidak mengetahui bahawa kekasihnya pondan."
"Tidak dibawa ke mahkamah untuk bersidang, kerana ketika mereka
ditangkap mereka sudah memakai baju, namun pihak keluarga kedua-duanya
sudah dipanggil dan menandatangani surat keterangan untuk tidak
mengulangi lagi perbuatan berkhalwat," ujar penyiasat PNS, Satpol PP dan
Damkar Kobar, Lutfi.
No comments:
Post a Comment