Mustafa dilaporkan cedera ditembak 2 lelaki di
halaman rumah teres 2 tingkat di Taman Putra, Ampang 29 Ogos lalu, dalam
kejadian berlaku seawal 8.30 pagi.
PETALING
JAYA: Polis belum menemui petunjuk baharu berhubung kes pemandu bekas
peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail cedera ditembak akhir Ogos
lalu.
“Masih tak ada petunjuk,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias kepada FMT.
Pemandu Gani berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Mustafa,
dilaporkan cedera ditembak 2 lelaki di halaman rumah teres 2 tingkat di
Taman Putra, Ampang, pada jam 8.30 pagi, 29 Ogos lalu.
China Press memetik sumber polis sebagai berkata, ketika kejadian, mangsa baru membuka pintu pagar rumahnya untuk keluar.
Tiba-tiba, 2 penembak menaiki motosikal memasuki halaman rumah mangsa
dan berpura-pura bertanya arah, sebelum mengeluarkan pistol dan
menembak pehanya. Mereka kemudiannya melarikan diri.
Mustafa baru diambil bekerja sebagai pemandu persendirian Gani sejak
Januari lalu. Difahamkan, mangsa tidak bercadang menjemput majikannya
pada hari kejadian dan jadualnya pagi itu hanya membabitkan aktiviti
peribadi. FMT
No comments:
Post a Comment