Tuesday, December 26, 2017

Kelahiran satu dalam sejuta

Sinar, 26 Disember 2017

Kelahiran  satu dalam sejuta
Perbezaan ketara anak beranak ini sering mendatangkan pandangan sinis masyarakat.
LONDON - BRITAIN. Seperti kebanyakan ibu lain, Sophia Blake menjangkakan bahawa anak perempuan yang dilahirkan beberapa tahun lalu bakal mewarisi genetiknya atau setidak-tidaknya memiliki kulit campuran dengan suami, Christopher Perkins, 60, lelaki berkulit putih.

Namun, bayi yang diberi nama Tiara itu langsung tidak mewarisi genetik ibunya. Malah, dia dilahirkan sebagai seorang bayi comel berkulit putih dan mata biru.
Menurut doktor, peluang Tiara untuk dilahirkan sebagai kanak-kanak berkulit putih seperti bapanya adalah luar biasa dan satu dalam sejuta.

Tetapi hakikatnya, kelebihan itu secara tidak langsung menyebabkan kesukaran kepada Blake, 45, kerana ramai yang tidak percaya mereka adalah anak beranak.

"Orang ramai selalu pandang serong setiap kali kami berjalan bersama. Mereka tidak percaya Tiara anak saya kerana rupa kami sangat berbeza. Ia menjadi lebih banyak masalah apabila dia semakin besar.

"Tiara sering bertanya mengapa dia berkulit putih sedangkan dia berasal dari keluarga kulit hitam. Apabila saya terangkan dia berdarah campuran, dia keliru.
"Ketika dia lahir, saya terkejut sehingga bertanya kepada bidan adakah dia anak saya. Apa pun, saya bangga dengannya kerana dia sangat cantik," katanya.
Menurutnya lagi, kulit hitam adalah dominan dalam keluarganya yang berasal dari Jamaica. - Daily Mail

1 comment:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete