Azhar Harun berkata beliau pernah mendraf perjanjian yang sama seperti antara Felda dan pemaju dengan kuasa wakil (PA) terhad.
PETALING JAYA: Peguam Azhar Harun berkata kes tanah milik Felda di
Jalan Semarak yang bertukar hak milik dengan penggunaan kuasa wakil
penuh adalah “luar biasa”.
Azhar di Facebook berkata dalam sebarang perjanjian antara pemilik
tanah dan pemaju, kuasa wakil sememangnya terhad dan berserta syarat
yang ketat.
“Saya pernah mendraf perjanjian untuk pembangunan tanah oleh satu pemaju atas dasar usaha sama dengan pemilik tanah.
“Saya tidak pernah menjumpai sebarang kes di mana pemilik tanah
memberikan kuasa wakil kepada pemaju yang membenarkan pemaju memindah
milik tanah pada diri sendiri,” katanya, dan menambah melainkan pemaju
itu telah membayar tanah itu sepenuhnya.
“Kes Felda agak luar biasa, memandangkn ia satu entiti awam yang
memegang hartanah sebagai amanah bagi pihak semua pihak berkepentingan,”
katanya.
Beliau merujuk kepada isu tanah yang bernilai lebih RM200 juta milik
Felda yang dipindah milik kepada pemaju dalam satu transaksi
“meragukan”.
Sebidang tanah 16 hektar di Jalan Semarak, Kuala Lumpur itu,
dikatakan dipindah milik pada 2015 selepas Felda Investment Corp (FIC)
memberikan pemaju surat kuasa wakil penuh untuk membangunkan tanah itu.
Azhar berkata, senario biasa untuk perjanjian sebegitu adalah apabila
pemilik tanah tidak mempunyai wang mahupun kepakaran untuk membangunkan
tanah.
“Pemaju mempunyai kepakaran membangunkan tanah itu dan juga untuk memasarkannya dan menjual hartanah.
“Jadi, pemilik tanah mengadakan perjanjian usaha (atau perjanjian
pembangunan bersama) sama dengan pemaju. Dalam perjanjian itu, pemaju
akan membangunkan, membina dan menyiapkan projek dan menjual hartanah
itu,” kata Azhar.
Beliau menambah, pemaju akan membayar pemilik tanah dalam bentuk wang
tunai atau bentuk lain yang sama nilainya, dalam tempoh tertentu,
berdasarkan nilaian tanah yang dipersetujui.
“Pemaju juga membayar sejumlah wang muka kepada pemilik untuk membeli
hak memajukan tanah itu. Selepas itu, pemaju akan membayar pemilik
tanah secara ansuran.”
Art kemudiannya menjelaskan tentang kuasa wakil, mengatakan ianya
normal dalam perjanjian sedemikian tetapi kuasa yang diberikan kepada
pemaju terhad kepada aktiviti tertentu.
“Kuasa wakil memberi kuasa kepada pemaju untuk menyerah pelan kepada
pihak berkuasa, dan juga untuk memohon perintah pembangunan dan untuk
memasarkan dan menjual hartanah yang akan dibangunkan.”
“Sangat jarang pemaju dibenarkan kuasa wakil untuk menyerahkan tanah itu kepada institusi kewangan untuk membiayai pembangunan.
“Ini kerana kebiasaannya, pemaju sendiri yang akan membiaya pembangunan,” katanya.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad adalah
pengerusi Felda dan FIC pada masa perjanjian tanah itu ditandatangani
dengan kuasa wakil diberikan kepada pemaju.
Tanah itu sedang dimajukan untuk projek Kuala Lumpur Vertical CIty, yang akan mempunyai 7 menara termasuk menara Felda.
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5
ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c