Wednesday, December 27, 2017

Perlu bantuan lunas bil hampir RM1 juta

Sinar Harian
Perlu bantuan lunas bil hampir RM1 juta
Penyanyi, Yuna turut melawat keluarga itu di Hospital Dignity Health California.
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR - Kakitangan awam dari Kedah, Mohd Radzi Abd Hadi yang koma selepas mengalami serangan jantung di Amerika Syarikat (AS), 9 Disember lalu, kini dilaporkan stabil.

Isterinya, Azizon Mustafa berkata, selepas koma selama tiga hari di Hospital Dignity Health California, Mohd Radzi hanya perlu mengambil ubat-ubatan tertentu dan tidak lagi memerlukan rawatan susulan.

“Selepas dibenarkan keluar wad, kami tinggal di rumah anak, yang menyambung pengajian  bersama suaminya di Arizona State University. Bagaimana pun, bil perubatan cecah AS$196,062.02 (RM800,000), kami tak mampu bayar,” katanya, ketika dihubungi, petang tadi.

Menurutnya, keluarga itu memerlukan sumbangan orang ramai bagi melunaskan keseluruhan bil, yang dijangka mencecah hampir RM1 juta.
Mohd Radzi ketika dirawat di Hospital Dignity Health California.
“Bil hospital sahaja cecah RM800,000, tidak termasuk bil lain seperti bayaran doktor dan makmal yang akan diterima secara berasingan,” katanya.
Azizon yang juga Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti berkata, pihaknya sedang berbincang dengan hospital berkenaan bagi mendapatkan pengurangan kos berdasarkan kepada hasil kutipan, simpanan keluarga dan bantuan daripada kerajaan negeri.

“Kami rancang ziarah anak tiga hari sahaja, namun disebabkan suami dimasukkan ke hospital, kami tak dapat pulang ke Malaysia. Kami sedang ikthiar pelbagai cara untuk lunaskan bil perubatan, termasuk gunakan wang simpanan dan bantuan saudara mara,” katanya.
Menurutnya, anak kedua pasangan itu, Tasnim turut menghebahkan beban keluarga itu menerusi laman Facebook dan laman web www.gofundme.com bagi  kutipan dana.

Azizon berkata, setakat 24 Disember, sumbangan diterima daripada akaun bank berjumlah RM3,417 manakala sumbangan diperoleh menerusi Go Fund Me, setakat 5.00 petang semalam, RM 17,730 (USD 4,137).
Mohd Radzi mengalami serangan jantung ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Santa Monica ke Arizona.

Mereka sekeluarga tiba di lapangan terbang Los Angeles pada 8 Disember untuk menziarahi anak sulung dan suaminya, serta dua cucu. Bagaimana pun, selepas berkunjung ke beberapa tempat sekitar Los Angeles, Mohd Radzi sesak nafas dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Doktor memaklumkan jantungnya terhenti seketika namun sempat diselamatkan dan koma selama tiga hari, dan dibenarkan keluar wad pada 17 Disember.
Keluarga itu kini tinggal di rumah anaknya di Phoenix, Arizona. Atas nasihat doktor, Mohd Radzi perlu berehat dan tidak dibenarkan melakukan perjalanan jauh sehingga minggu pertama Januari kerana masih lemah.

“Kami mempunyai insurans perjalanan namun tidak mampu biayai kos keseluruhan yang terlalu mahal. Saya merayu orang ramai menghulurkan bantuan bagi menjelaskan bil hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Azizon berharap netizen yang mengecam keluarga itu kerana didakwa ke AS untuk percutian mewah, mengubah tanggapan kerana ia tidak benar.
Mohd Radzi (kiri) dan Azizon (dua, kiri) bersama anak-anak ketika bercuti di Los Angeles.
“Kami bukan pergi percutian mewah. Hanya mahu melawat anak dan cucu. Ibu bapa mana yang sanggup tolak pelawaan anak sebab terlalu rindukan mereka. Kami guna sebahagian simpanan untuk ke sana dan ambil tiket penerbangan murah,” katanya.

Menurutnya, anak dan menantunya menjemput mereka dari Los Angeles dan memandu ke Phoenix sejauh 600 kilometer bagi mengurangkan kos perjalanan.
“Sumbangan dan bantuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih,” katanya.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun Bank Islam 12122020088470 (Tasnim Mohd Radzi); Maybank 162487109218 (Abdul Rahimi Abdul Rahman); atau menerusi laman sesawang www.gofundme.com/urgent-md-radzi-heart-failure-fund

2 comments:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete
  2. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete