Kementerian Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan akan
mengagihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bulan depan sebelum
Aidilfitri.
Melalui kenyataan Twitter hari ini, beliau berkata perkara itu adalah arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, tambah Lim, agihan bantuan itu akan ditukar nama.
"Sepertimana yang diarahkan Dr Mahathir, BR1M (yang akan diberikan
nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Aidilfitri. Maklumat
lanjut akan diumumkan minggu depan," katanya.
Agihan Jun merupakan agihan kedua di bawah program itu bagi tahun ini
selepas agihan pertama dibuat oleh pentabiran BN pada Februari lalu.
Susulan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum
(PRU) ke-14, Dr Mahathir mengarahkan slogan '1Malaysia' dan ucapan
'salam 1Malaysia' yang diperkenalkan bekas perdana menteri Datuk Seri
Najib Razak tidak lagi akan digunakan.
Dr Mahathir juga memberi jaminan bayaran BR1M akan dikekalkan namun akan menumpukan kepada golongan yang lebih memerlukan.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment