Friday, March 15, 2019

Jurugambar sambilan mengaku salah hina agama Hindu

FMT
Zamri Abd Razak mengaku salah menghina agama Hindu
 dalam hantaran Facebook miliknya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Seorang jurugambar sambilan mengaku salah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap 2 pertuduhan menghina agama Hindu di media sosial.
Zamri Abd Razak, 52, dituduh menyiarkan hantaran yang menghina di Facebook. Hantaran itu dibaca oleh Saravana Kumar pada jam 12.45 petang, 10 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang membawa hukuman maksimum denda RM50,000 dan penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Timbalan pendakwa raya, Muhamad Asyraf Md Kamal, memohon tertuduh dijatuhi hukuman pada Isnin kerana beliau memerlukan masa untuk menyiapkan fakta kes.
Beliau tidak menawarkan ikat jamin kepada Zamri, yang tidak diwakili.
Dalam mitigasinya, Zamri memberitahu mahkamah bahawa beliau tinggal di Bentong, Pahang, dengan bapanya yang sudah tua. Beliau juga berkata, beliau pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai 3 anak. Kini beliau telah bercerai dengan isterinya.

“Saya sekarang tidak bekerja dan terpaksa menjaga bapa yang sudah tua dan sakit.
“Saya perlu menjaga bapa saya. Dia menghidap masalah jantung. Jika ikat jamin dibenarkan, saya memohon jumlah yang minimum,” katanya.

Asyraf menggesa mahkamah menimbangkan keseriusan kesalahan yang dilakukan, berikutan banyak kes menghina agama lain yang berlaku.
Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin, dan Isnin untuk pembentangan fakta kes dan penghakiman.

Awal minggu ini, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan denda RM10,000 ke atas seorang penganggur kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad dalam satu hantaran di akaun Facebook milik beliau bulan lepas.

Jumaat terdahulu, seorang warga Sarawak dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas beliau mengaku salah menghina Islam dan Nabi Muhammad juga melalui Facebook.

1 comment:

  1. POKERVITA HADIR SEBAGAI STIUS JUDI KARTU ONLINE DENGAN MINIMAL DEPOSIT 10RB YANG DIDUKUNG OLEH SERVER TERBAIK DI INDONESIA PKV GAMES. ANDA SEMUA DAPAT MENIKMATI BERBAGAI JENIS PERMAINAN KARTU MULAI DARI BandarPoker, PokerOnline, CapsaSusun, DominoQQ, BandarQ, AduQ, SAKONG, BANDAR66.

    Promo Terbesar Dari POKERVITA Situs Judi Poker, Domino99 dan BandarQ Online.
    * Promo Bonus Turnover Harian/Mingguan/Bulanan
    * Promo Refferal 15% Seumur Hidup

    POKERVITA juga menyediakan beberapa game populer saat ini, Judi Bola, Casino Online, Sabung Ayam, Tembak Ikan Joker.

    DAFTAR KLIK SINI

    Info Lebih Lanjut Hubungi :
    WA: 0812.2222.996
    BBM : PKRVITA1 (HURUF BESAR)
    Wechat: pokervitaofficial
    Line: vitapoker

    ReplyDelete