TERKINI
@ 06:09:15 PM 06-05-2013
KUALA
LUMPUR, 6 Mei — DAP mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen selepas berakhir pilihan
raya ke-13 semalam yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN)
sekali lagi berjaya memerintah kerajaan persekutuan.
Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini, Penasihat DAP Lim Kit
Siang berkata cadangan itu dibuat bagi mengulangi pendirian mereka
sebelum ini yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri Malaysia jika
menang pilihan raya.
“Sebelum ini, Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk
melantik beliau sebagai perdana menteri jika memenangi pilihan raya
umum.
“Tapi perkara tersebut tidak berlaku, oleh sedemikian keputusan
mencadangkan Anwar sebagai ketua pembangkang adalah sama seperti
komitmen yang lalu,” kata Lim.
Namun, Anwar sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk bersara
selepas pilihan raya kali ini tetapi Lim menegaskan ia bukan satu
masalah selagi ketua umum PKR tersebut masih belum membuat keputusan
rasmi.
“Mengenai Anwar akan bersara itu, kami akan bincangkan.
“Mungkin anda perlu tanya sendiri kepada Anwar,” tambah Lim lagi.
Lim juga berkata, keputusan dalam beberapa pilihan raya boleh dicabar
dan mendakwa berlaku penipuan pada pilihan raya yang diadakan semalam.
“Pakatan Rakyat akan tumpukan di kawasan ini di mana penipuan berlaku
dan akan mengambil langkah yang perlu untuk menegakkan ketelusan proses
pilihan raya,” kata Lim yang baru memenangi kerusi parlimen Gelang
Patah.
Sementara itu, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke menyatakan
kerusi parti tersebut yang gagal dipertahankan seperti Bentong, Cameron
Highlands dan Labis hanya dibezakan kurang daripada 400 majoriti undi.
“Banyak kerusi ini tidak menyediakan 'Borang 14,” kata Loke semasa
sidang media sama, merujuk kepada borang yang perlu disediakan di setiap
saluran mengundi kepada agen-agen pengiraan untuk merekodkan jumlah
pengundi.
Awal hari ini, Anwar berkata akan mendapatkan sokongan orang ramai
untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN yang baru dipilih, serta
menambah pilihan raya kali ini adalah “penipuan yang paling teruk dalam
sejarah” bagi mengekalkan penguasaan kerajaan tersebut di pusat.
Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 juga berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.
BN memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti yang lebih
kecil, kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada PR, selain gagal merampas
Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling kaya dan maju
di Malaysia.
BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PR pula memenangi 89
kerusi, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri
daripada 197 pada 2008 kepada 230 selepas berakhir pilihan raya semalam.
Lim juga berkata hari ini PR berjaya memenangi undi popular.
“Ia adalah 'tsunami rakyat Malaysia' dan bukan 'tsunami kaum Cina,”
kata Lim, menolak kenyataan semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak yang mengaitkan keputusan pilihan raya kali ini dengan perpindahan
undi masyarakat Cina kepada BN.
“Di kebanyakkan bahagian dalam negara, Pakatan memenangi kerusi di
kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat BN dan
menurunkan banyak calon gergasi BN di kawasan majoriti Melayu,” katanya
dengan merujuk kepada kerusi-kerusi seperti di Parlimen Kuala
Terengganu, Alor Setar, Lumut dan Sepang.
BN tewas teruk di kebanyakkan kawasan bandar-bandar utama dari George
Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar-bandar besar di
Johor, dimana ia bukti golongan kelas pertengahan dan bandar merupakan
kumpulan yang prihatin dengan isu-isu seperti rasuah, kos saran hidup
naik dan jenayah.
Ketua publisiti DAP, Tony Pua yang turut hadir pada sidang media sama
menegaskan pencapaian PR di Selangor khususnya kawasan separuh bandar
telah dimenangi hasil “peningkatan yang kuat dikalangan masyarakat
Melayu”.
Lawan tetap lawan. Boleh bawa sampai peringkat mahkamah dunia.
ReplyDelete