myMetro
Murray (Utah): Seorang pengadil bola sepak liga rekreasi yang cedera
parah dan koma selepas ditumbuk seorang pemain remaja mati awal
semalam.
Ricardo Portilli, 46, meninggal dunia di hospital tempat dia dirawat
berikutan diserang ketika perlawanan bola sepak hujung minggu lalu,
kata jurucakap polis, Justin Hoyal.
Polis mendakwa pemain berusia 17 tahun itu menumbuk Portillo selepas
dia melayangkan kad kuning kepada pemain itu kerana bermain kasar.
“Suspek berada dekat dengan Portillo dan menumbuk mukanya ekoran tindakan pengadil itu,” katanya dalam sidang akhbar.
“Suspek berada dekat dengan Portillo dan menumbuk mukanya ekoran tindakan pengadil itu,” katanya dalam sidang akhbar.
Remaja itu diletakkan dalam tahanan juvana atas tuduhan melakukan serangan berat. - AP
No comments:
Post a Comment