Harakahdaily, | 06 Mei 2013 |
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.
"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.
"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.
"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.
Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, "Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.
"Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.
"Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang," katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan.
PAS menang 22 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini berkurang satu kerusi berbanding pilihan raya ke 12.
Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengekalkan kerusi Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.
PAS Terengganu berjaya menambah tiga kerusi Parlimen di samping tujuh kerusi DUN dalam pilihan raya ini.
Kerusi Parlimen yang dimenangi adalah Marang (Tuan Guru Abdul Hadi), Kuala Terengganu (Datuk Raja Bahrin), Kuala Nerus (Dr Khairudin Aman Razali) dan Dungun (Haji Wan Hassan).
Mereka kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan di negeri itu apabila menang 15 kerusi berbanding BN 17 kerusi
Saya sudah menerima kekalahan ini dengan ikhlas. Bila di kenang kembali, saya mengiyakan yang PR sangat perlu lebih ramai berada di parlimen sebagai Pembangkang sekali lagi. Biar langkah mereka (BN) lebih berjaga-jaga.
ReplyDeleteTidak mengapalah, mungkin ALLAH mahu BN bersedap-sedapan lagi untuk 5 tahun ini. Mungkin PRU13 ini dapat membuka dan mencelikkan sedikit mata pengundi yang masih sangsi dengan PR dan masih percaya BN berjuang untuk rakyat.
Kisah Bangla, Myanmar, Cambodia, Indonesia mungkin membuka mata sesetengah rakyat. Itu sudah mencukupi. Insya ALLAH, Islam itu agama ALLAH, ALLAH tidak akan membenarkan agama ini di injak selamanya. Cumanya kita layak bersabar lagi.