MELAKA,
6 Mei — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd
Akin menyifatkan kejayaannya menewaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri
Mohd Ali Rustam (gambar) di Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-13 sebagai mengejutkan dan adalah kemenangan bagi generasi muda.
“Saya
tidak jangkakan kemenangan besar ini dengan majoriti 5,447 undi
menewaskan gergasi politik Melaka (Mohd Ali), yang juga Pengerusi
Barisan Nasional (BN) Melaka dan Anggota Majlis Tertinggi,” katanya
kepada pemberita di Ayer Keroh selepas diumum sebagai pemenang pada
kira-kira 1 pagi.
Shamsul Iskandar, 38, seorang peguam dari Kesang, Jasin memperoleh
46,167 undi menewaskan Mohd Ali, 63, yang mendapat 40,720 undi.
Ini adalah percubaan ketiga beliau pada pilihan raya umum selepas
tewas kepada dua calon BN iaitu Idris Haron pada 2004 di Parlimen
Tangga Batu dan Matulidi Jusoh di Parlimen Dungun pada 2008.
Beliau berkata kemenangan bersejarah PKR di Bukit Katil adalah satu
permulaan dalam misi pakatan pembangkang menawan Melaka pada pilihan
raya umum akan datang. — Bernama
No comments:
Post a Comment