Parti Amanah Negara
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) masih belum memutuskan
untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya masih
perlu berbincang dengan rakan Pakatan Amanah sebelum keputusan dibuat.
“Kami masih belum buat keputusan. Kami tak bincang pun berkenaan hal itu (dalam mesyuarat) hari ini.
“Sama ada boleh bertanding atau tidak, kami perlu bincang dahulu dengan
rakan Pakatan sebelum buat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita
selepas berlangsungnya Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di
Wisma Amanah Negara, di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai keahlian Amanah setakat ini, Mohd
Anuar berkata, pihaknya telah merekodkan sehingga 60,000 keahlian bagi
parti itu setakat ini.
“Keahlian di Sabah lebih ‘rancak’ jika dibandingkan dengan Sarawak.
Setakat ini kami sudah banyak menerima permohonan dan sesetengahnya
masih lagi dalam proses,” katanya lagi.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment