Sehingga hari ini, tiga rakyat Malaysia sudah terbabit dalam insiden pengeboman berani mati di Iraq dan Syria.
SUBANG:
Dua pengebom berani yang dilaporkan menyebabkan lebih 30 orang maut di
Iraq dan Syria disahkan sebagai rakyat negara ini.
Pengesahan itu dibuat oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurutnya, setakat ini tiga orang rakyat Malaysia sudah terbabit dalam pengeboman berani mati.
“Kalau sudah kira lagi satu sebelum ini, sudah tiga orang yang
sanggup bukan sahaja tak takut mati tetapi berhasrat untuk melakukan
sesuatu sebelum ini tak terfikir untuk kita lakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas majlis penerimaan pesawat kedua Airbus A400 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan akan
bermesyuarat mengenai ancaman serantau dari selatan Filipina dan
Thailand, Jumaat ini.
“(Ia) bukan sahaja melibatkan pihak ketiga daripada mereka yang
berada dalam MINDEF (Kementerian Pertahanan), tetapi Wisma Putra, ISIS
(Institut Strategi dan Pengajian Antarabangsa), akan bersama-sama dengan
kita memikirkan apa jua tindakan yang kita ambil.
“Tiada pertindihan dalam kita hendak berhadapan dengan ancaman ini,” katanya
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua
orang pengebom berani mati yang dilaporkan telah membunuh lebih 30 orang
di Syra dan Iraq belum dapat disahkan merupakan rakyat Malaysia.
FMT
No comments:
Post a Comment