Sinar Harian
Hussin dan Rosina dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan
hukuman denda RM10,000 terhadap pasangan suami isteri selepas mengaku
salah mencuri 60 ekor ayam.
Hussin Omar, 53, yang bekerja sebagai penternak ayam dan Rosina
Mohamad, 56, juga bakal berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal
membayar denda berkenaan.
Pasangan berkenaan melakukan kesalahan itu pada 22 Disember 2015 jam
3.30 pagi di Ladang Ayam Bukit Damad, Kampung Tiruk, Serada.
Berdasarkan fakta kes, pengadu, Mohd Fazil Zulkepli, 30 yang juga
pemilik ayam menyedari tindakan tertuduh selepas menemui sebuah
kenderaan pacuan empat roda berada dalam kawasan ladang itu.
Pengadu juga mendapati 60 ekor ayam bernilai lebih RM600 telah dicuri dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Kampung Banggol Tokku, Serada dan
Kampung Wakaf Pak Ya mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di
hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan dibaca di bawah Seksyen 34 kanun yang sama.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R Azmi.
Curi ayam kantol..curi geran lembu 250juta beli kondo lepas..
ReplyDeleteKalau curi 2.6 bilion mungkin dendanya sampai kiamat pun tak mampu bayar kot???
ReplyDelete