10/1/16
PAS tidak akan menyerahkan satu pun kerusi yang ditandinginya kepada
parti pembangkang lain dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Menganggap
ia adalah "maruah parti" Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man berkata, sebelum ini parti itu berkali-kali menyerahkan kerusi yang
ditandinginya kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi (kerjasama politik).
Katanya PAS bersikap berlapang dada dengan kerjasama itu seperti dibuktikan dalam pilihan raya sebelum ini.
“Setiap kali PAS mengadakan tahaluf, PAS berlapang dada. (Apabila) kita bekerjasama dengan Semangat 46, PAS serahkan kerusi PAS kepada Semangat 46.
“Bahkan
di masa kerjasama dengan Parti Negara, PAS serahkan kerusi kepada Parti
Negara, dan apabila bergabung dengan PKR (melalui Pakatan Rakyat), PAS
serahkan jentera (kerana) tahaluf.
“Hari ini mereka minta
PAS bekerjasama dengan gabungan baru (Pakatan Harapan) - maksudnya mahu
kerusi PAS. Ia tidak akan berlaku. Kita tidak akan serah satu pun
kerusi kita.
"Kerusi yang ditandingi adalah maruah parti,” katanya
di majlis penutup Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari
ini.
Semalam, AMANAH yang merupakan parti serpihan PAS bersama PKR
dan DAP memeterai perjanjian kerjasama Pakatan Harapan bagi menghadapi
PRU ke-14.
Tebus 'dosa' masa lalu
Tuan
Ibrahim bagaimanapun berkata PAS bersedia untuk berhadapan dengan Umno
satu lawan satu sekiranya parti Islam itu tidak diganggu parti
pembangkang lain.
Katanya, beliau ditanya tentang gagasan parti itu di Selangor.
"Saya tegaskan (ia adalah) satu lawan satu dengan Umno selagi mana mereka (parti lain) tak mengganggu.
"Kalau
kita (PAS) digempur (parti pembangkang lain), kita akan (melawan
semula),” katanya kepada lebih 6,000 ahli PAS yang hadir.
Tuan
Ibrahim turut menambah, rakyat di negara ini perlu mengundi PAS bagi
"mengampunkan dosa ibu bapa" yang mungkin tersalah memilih pemimpin
terdahulu.
“Kita menang di Selangor, di Kelantan (dan seterusnya) menawan Putrajaya, untuk apa kita menang?
“Untuk Allah ampunkan dosa kita yang dulu dan sekarang, dosa tok ayah kita yang dulu mungkin silap pilih pemimpin.
“Kedua,
Allah janji kalau dengan kemenangan Islam kita akan rasa nikmat
sempurna Islam, nikmat kestabilan ekonomi, nikmat kepimpinan, nikmat
agihan kekayaan di kalangan rakyat, nikmat keamanan, nikmat perlaksanaan
hukum Allah dan undang-undang, semua ini nikmat yang tidak rasa selama
ini,” katanya.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment