Wanita itu hanya menyedari dia tersilap majlis selepas dia duduk dan diberitahu ibu Shaheizy Sam
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Majlis pengumuman perkahwinan pelakon Shaheizy Sam dan
Syatilla Melvin semalam di sebuah hotel kecoh seketika apabila seorang
wanita dikatakan tersilap masuk majlis.
Wanita itu yang menutup sebahagian mukanya dengan penuh yakin
berjalan masuk ke dalam majlis itu manakala jurugambar pula sibuk
merakam gambarnya kerana menyangka dia adalah Syatilla.
Wanita itu kemudian duduk di tempat yang disediakan untuk bakal
pengantin perempuan menyebabkan Shaheizy Sam dan ibunya, Mummy Khathy,
agak sedikit terkejut dan terpinga-pinga.
Dalam rakaman video itu, ibu Shaheizy Sam kelihatan berbisik sesuatu
kepada wanita terbabit dan mungkin memaklumkan dia tersilap. Wanita
terus bangun dan meminta maaf.
Kejadian itu disaksikan wartawan hiburan tempatan dan sempat dirakam oleh salah seorang tetamu yang hadir.
Shaheizy Sam dan Syatilla akan berkahwin pada 9 Februari ini dan
dilaporkan perkahwinan mereka mendapat tajaan sebanyak RM25 juta.
link video: Wanita tersilap masuk majlis Shaheizy Sam

No comments:
Post a Comment