Sinar H arian
30 Mei 2016
SHAH ALAM - "Bila kita 'left group' bukan kita putus
silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu
sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa
saudara 'left group' bukan sampai tahap begitu," demikian penjelasan
pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai hukum
seseorang yang bertindak 'left group' WhatsApp.
Azhar Idrus berkata, oleh itu jika seseorang itu hendak 'left group'
mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak
menimbulkan sebarang andaian yang negatif.
"'Left group' ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak
suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup
itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak grup.
"Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu
sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya... Bila
kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh 'left group'
tiada masalah," katanya ketika menjadi panel dalam Program Bersama
Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad
ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar pengguna media sosial
menggunakan platform teknologi itu, untuk menyebarkan dakwah dan
perkara-perkara yang baik melaluinya.
"Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang
ilmu semasa seperti 'bagaimana untuk memasak dengan baik' juga boleh
dikongsi di media sosial," katanya.
No comments:
Post a Comment