6/6/16
Ceramah Perdana PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang
turut dihadiri kepemimpinan tertinggi parti itu malam semalam dilaporkan
kurang mendapat sambutan.
Menurut portal Berita Harian Online, ceramah yang
berlangsung di padang di Taman Bunga Raya, di Kuala Kangsar yang adalah
ceramah sulung PAS sempena PRK kali ini itu hanya dihadiri kira-kira 200
hadirin termasuk penyokong parti.
Antara pemimpin PAS yang hadir termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang serta naib presidennya, Ahmad Idris serta calon parti itu,
Dr Najihatussalehah Ahmad.
Portal itu melaporkan Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang
menggunakan pentas berucap pada malam semalam bagi memberi penjelasan
berkenaan keputusannya membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU)
pindaan Akta Mahkamah Syariah.
Malah, beliau juga menempelak sikap DAP yang secara berterusan
mempersoal usaha PAS membawa usul bagi membentangkan RUU itu di Dewan
Rakyat, biarpun berpuluh penjelasan dibuat.
"Pindaan ini adalah apa yang pegawai agama negeri mahukan, malah
mufti juga perjuangkan, ini untuk menambah hukuman dan tiada kaitan
dengan orang bukan Islam," katanya.
No comments:
Post a Comment