POHANG - KOREA SELATAN. Rakyat Korea Selatan gempar apabila gempa bumi
berukuran 5.5 skala ritcher melanda bandar Pohang lapor The Sun.
Gempa tersebut melanda kira-kira 9 kilometer (km) dari pelabuhan Pohang serta gegaran dirasai penduduk hampir 300km.
Wakil Pegawai Pentadbiran Meterologi Korea melaporkan, ia gegaran
terkuat selepas gempa berukuran 5.8 magnitud di Gyeongju, September
tahun lalu.
Rakaman gambar dan video menunjukkan penduduk yang panik berlari keluar dari bangunan semasa gegaran berlaku.
Susulan itu, pusat kecemasan di seluruh negara dibanjiri panggilan
untuk mendapatkan maklumat mengenai insiden yang berlaku, manakala
pekhidmatan aplikasi Kakao Talk turut mengalami gangguan.
Terdapat spekulasi mengatakan gempa tersebut merupakan petanda bahawa Korea Utara sedang melakukan ujian nukleur.
Setakat ini,tiada kecederaan atau kerosakan besar dilaporkan.
Sinar
TUAN... mohon exchange bloglist...
ReplyDeletewww.bankami.blogspot.com