Panel 3 hakim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penceramah itu saksi yang tidak boleh dipercayai.

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi
yang mendapati penceramah Zamihan Mat Zin seorang saksi yang tidak boleh
dipercayai dalam saman fitnah yang dibawa oleh sebuah NGO.
Panel 3 hakim yang dipengerusikan Hakim Rohana Yusof semalam
memerintahkan Zamihan membayar RM10,000 sebagai kos kepada Syria Care,
yang dituduh penceramah itu mempunyai kaitan dengan “kumpulan Syiah di
Malaysia yang mesti dipantau oleh kerajaan”.
Menurut kenyataan media oleh Shukor & Associates, firma guaman
mewakili Syaria Care, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan tuntutan
plaintif dan menganugerahkan ganti rugi RM50,000.
Saman difailkan terhadap Zamihan dan Star Meda Group Bhd berdasarkan
laporan yang disiarkan di The Star Online, yang memetik Zamihan dalam
artikel “Senseless jihad puts Malaysia as global violence hub, says Home
Ministry Officer”.
Mahkamah Rayuan juga bersetuju dengan penemuan fakta oleh hakim
bahawa Zamihan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai kerana jawapan
yang bercanggah dan bertentangan dengan rayuannya.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengarahkan Zamihan membayar Syria Care ganti rugi RM30,000 sebagai kos.
Mahkamah juga mengarahkan defendan kedua, Star Media, menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat kepada Syria Care.
Tiada penghakiman diberikan berikutan penarikan balik artikel itu
oleh penerbit. The Star Online menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat
pada 17 Mei.
Zamihan, seorang pegawai di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
ditempatkan di Jabatan Penjara sebagai pegawai deradikalisasi untuk
terorisme dan unsur pelampau.
Beliau juga presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) dan
penolong setiausaha di bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam
Kementerian Dalam Negeri.
Beliau mengundang kontroversi baru-baru ini apabila mengkritik Sultan
Johor kerana membuat pendirian terhadap kedai dobi untuk orang Islam
sahaja di negeri itu.
Beliau direman 2 hari untuk membantu siasatan polis yang menyiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
No comments:
Post a Comment