DUN PAHANG | Menteri Besar Pahang
Datuk Seri Adnan Yaakob mencabar ketua pembangkang negeri itu Tengku
Zulpuri Shah Raja Puji untuk bertumbuk, selepas perang mulut di sidang
Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Pertengkaran bermula apabila Tengku Zulpuri yang juga anggota dewan
undangan negeri (ADUN) Mentakab berkata kerajaan negeri patut memberi
lebih peruntukan untuk menangani masalah banjir di kawasannya.
Ia mencetuskan perang mulut antara Adnan dan Tengku Zulpuri, termasuk
sama ada banjir yang menimpa Pulau Pinang baru-baru ini sebagai 'bala
Tuhan' atau tidak.
Tengku Zulpuri yang juga naib pengerusi DAP berkata, mengaitkan
krisis itu sebagai balasan Tuhan terhadap "festival arak" adalah sesuatu
yang tidak relevan, kerana banjir turut berlaku di tempat lain seperti
Jedah, Arab Saudi, baru-baru ini.
Pada satu ketika, Adnan yang jelas marah berkata; "Keluar dewan
saja", membayangkan agar pertelingkahan antaranya dan Tengku Zulpuri
diselesaikan di luar dewan.
Adnan juga beberapa kali didengar berkata, "Islam ke kafir?"
Menurut laporan China Press, Adnan pada satu ketika berkata beliau
sanggup mencatat sejarah dengan bertumbuk dalam Dewan Undangan Negeri.
Namun Speaker DUN Datuk Seri Ishak Muhammad berjaya menenangkan
mereka berdua dan menerima usul Adnan agar sidang ditangguhkan, walaupun
Tengku Zulpuri masih belum selesai menyampaikan perbahasannya.
Beberapa saksi berkata Adnan berkata kepada Tengku Zulpuri agar pergi
ke kawasan wakil rakyat kerajaan dan mengancam untuk menumbuknya.
Menurut saksi lagi, Tengku Zulpuri membalasnya dengan berkata, beliau sedia ditumbuk dan tidak akan membalasnya.
Bagaimanapun ADUN kedua-dua pihak berjaya mengelakkan Adnan dan Tengku Zulpuri daripada mendekati satu sama lain.
Usaha menghubungi Adnan dan Tengku Zulpuri untuk mengulas perkara itu masih belum berjaya.
Rakaman video di bawah yang dikongsi isteri Tengku Zulpuri di
Facebook menunjukkan pertengkaran yang berlaku ketika sidang, namun
tidak menunjukkan situasi selepas ia ditangguhkan
Pembangkang ramai sgt yg BODOH dan tak faham bahasa - padan la kalau kena tumbuk pun!!Tok Nan best!!
ReplyDeleteTok nan dh ninggal pok. Boh sebut gik. Knk u x sebut TYT Taib best?
DeleteTok nan dh ninggal pok. Boh sebut gik. Knk u x sebut TYT Taib best?
DeletePak Nan diantara pemimpin umno yg bangsat
ReplyDelete