Selasa lepas, CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan
langkah keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita
magnetik mengandungi data sokongan telah hilang.
KUALA
LUMPUR: Isu kehilangan pita data sokongan CIMB pada 13 November
disebabkan kecuaian kakitangan bank itu dan tidak melibatkan sebarang
unsur sabotaj, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata laporan berhubung kehilangan pita berkenaan dibuat
pihak bank pada hari kejadian itu disedari berlaku di Balai Polis
Seapark, Petaling Jaya dan siasatan dilakukan mengikut Sekyen 379 Kanun
Keseksaan kerana mencuri.
“Isu ini membabitkan masalah dalaman CIMB dan mereka juga sudah
mengambil langkah keselamatan yang perlu serta mengeluarkan kenyataan
mengenainya.
“Jika mereka perlukan bantuan polis, kita akan bantu dan kes
berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit
Aman,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan
perhimpunan pegawai awam polis di Maktab PDRM Cheras hari ini.
Pada Selasa lepas, CIMB Group Holdings Bhd meningkatkan langkah
keselamatan di semua salurannya, berikutan beberapa pita magnetik
mengandungi data sokongan telah hilang dalam perjalanan semasa satu
operasi rutin.
Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi
sebarang maklumat pengesahan peribadi seperti Nombor Pengesahan Peribadi
(PIN), kata laluan atau nombor Nilai Pengesahan Kad (CVV)
FMT
No comments:
Post a Comment