Sunday, February 13, 2011

Masjid-Masjid Tercantik di Dunia

Masjid Al Haram, Arab Saudi
Masjidil Haram terletak di tanah suci Mekkah, Arab Saudi. Merupakan masjid terbesar di dunia, tempat utama penyelenggaraan ibadat haji bagi ummat Islam sedunia. Mempunyai keluasan 356.800 meter persegi, dan boleh menampung 820,000 ummat Islam pada musim haji. Sekarang masjid ini diperbesarkan lagi. Di dalam masjid ini terletak Ka'abah iaitu kiblat bagi ummat Islam melakukan sembahyang..

Masjidil Haram dibangunkan sekitar abad ketujuh, dan telah mengalami beberapa kali pengubahsuian. Seluruh dindingnya diperbuat daripada marmar, membuatkannya nampak tersergam indah dari pandangan jauh dan memancar kilauannya.
Rekabentuk dalamannya sangat cantik, membuatkan para penyunjung terpesona memandangnya. Kubahnya pula mempunyai ukiran yang begitu cantik. Bagi keselesaan seluruh ummat ditambah lagi kemudahan moden seperti sistem drainase, penghawa dingin, eskalator dan penghangat lantai.
Di beritakan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan nampak jelas dan berkilauan dari  peta setelit. Ada seorang angkasawan yang dapat melihat kaabah dengan jelas dan sangat cantik dari pandangan angkasa lepas.

Masjid Nabawi
Dikenali sebagai Masjid Nabi. Dibina sekitar tahun 622 masehi. Bangunan asalnya dibina dari tanah liat, beratapka pelepah tamar. Kemudian diperbesarkan berperingkat-peringkat.

Terletak di tengah bandar Madinah, Arab Saudi. Keluasan asalnya 850.5 meter persegi, dan tingginya 2.9 meter. Menara pertama di dirikan oleh Omar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 hijrah di keempat sudut masjid.

Keluasan tingkat bawahnya ialah 98,000 meter persegi dan boleh menampung 167,000 orang. Keluasan tingkat atas pula ialah 67,000 meter persegi, dan boleh menampung 90,000 orang.Jadi jumlah keluasan keseluruhannya ialah 165,000 meter persegi dan boleh menampung seramai 257,000 orang.

Sekarang Masjid Madinah mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 biji kamera untuk mengawal keselamatan masjid, 4 eskalator dan 18 tangga.

Masjid Aqsa di Jurussalem. Masjid ini merupakan tempat suci ketiga bagi ummat Islam selepas Masjidil haram dan Masjid Nabawi. Masjid ini adalah sebahagian sejarah Rasulallah naik ke langit ketika 'israq mikraj'.

Bahagian luar masjid ini dilitupi marmar putih, sementara bahagian dalamannya pula dihiasi dengan ukiran dan gambar-gambar yang indah. Atapnya siramik berwarna biru. Tiang-tiangnya juga dibaluti mammar putih yang dicampur dengan dua belas jenis batu-batuan. Mimbarnya dibina sebegitu cantik dari bahan kayu pilihan, di tambah dengan ukiran kaligrafi. Mimbar sekarang dibina pada tahun 1187.

Ini gambar Masjid Hassan 11 di Casablanca, Maghribi.
Masjid mewah ini hasil reka bentuk arkitek terkenal Peranchis, Michel Pinseau. Ia dibina atas air lautan Atlantik. Lantainya dari kaca yang boleh melihat terus ke laut di bawahnya. Proses pembinaannya mengambil masa yang lama dan perbelanjaan yang tinggi.  Bahan-bahannya dari granit, marmar dan jati. Dindingnya sangat indah dihiasi mozek hasil tangan 600,000 karyawan Maghribi, yang mengambil masa sehingga lima tahun untuk menyudahkannya.

Masjid ini dilengkapi peralatan moden seperti sistem penahan gempa, penghangat lantai, penhawa dingin, pintu automatik dan pintu sliding.


sumber; Ust Basir, Dr Muhamad Alias, palixx.com, hoeda.wed.id-

1 comment:

  1. Itu kehebatan ciptaan manusia, tapi lebih hebat lagi ciptaan Alllah

    ReplyDelete