Thursday, March 31, 2011

BN akan hilang banyak kerusi di Sarawak: Tun Daim

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) akan kekal di Sarawak dengan majority selesa tetapi dijangka akan hilang banyak kerusi.

“Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang,” kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini.

Pada tahun 2007, Tun Daim pernah meramalkan yang tiga negeri baru iaitu Kedah, Selangor dan Penang akan dikuasai pembangkang . Ramalan itu ternyata benar. Dalam PRU 2008 ,5 negeri dikuasai pembangkang (termasuk Perak dan Kelantan ). BN juga kehilangan majority 2/3. Adakah ramalan kali ini akan menjadi kenyataan? 

Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan pada 16 April ini, manakala penamaan calon pada 6 April. Tempoh berkempen adalah antara masa itu.

Tun Daim pernah meramalkan pada minggu lalu bahawa BN akan mencatatkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan tahun ini, tetapi pastinya tidak lebih buruk berbanding PRU 12.

Hari ini, Tun Daim menyatakan persetujuannya andai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri nanti. Ini adalah langkah yang baik kerana tiada pemimpin yang harus berada dalam tampok kekuasaan begitu lama.

Katanya lagi “Anda lihat apa yang berlaku ke atas Mubarak, apa yang berlaku di Tunisia. Dia mesti tahu bila….. (harus pergi),” “Jangan kata anda tidak boleh temui seorang pengganti. Itu bukan kesnya,” kata beliau lagi.
Untuk mencari pengganti bukan kerja Taib. Malah, kata beliau lagi mencari pengganti patut diserahkan kepada parti. 

Ketua Menteri Sarawak, pada 26 Mac baru-baru ini, mengumumkan akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri Sarawak. Bagaimanapun pembangkang tidak percaya Taib yang memerintah 30 tahun itu akan mengotakan kata-katanya .

Dalam kempen pilihan raya nanti Pakatan Rakyat dijangka memfokuskan kepada soal rasuah dan dakwaan salah guna kuasa yang dipercayai boleh menjejaskan sokongan kepada BN di kawasan-kawasan bandar khasnya pengundi Cina. Sambung Tun lagi.

Mari kita doakan semoga tsunami pembangkang nanti lebih dahsyat dari tsunami Jepun. Mampukah gempanya melebihi 10 magnitud.

No comments:

Post a Comment