Saturday, March 26, 2011

ceramah jangan,video lucah ok

Apa saja anjuran ceramah Keadilan, Pas atau DAP akan diganggu polis. Buatlah di mana saja, pasti polis akan datang menghentikan majlis. Heran ya.

Ceramah yang dianjurkan oleh Keadilan pada 25 Mac di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam tadi juga menerima nasib yang sama. Ceramah yang pada mulanya dijadualkan jam 9 malam, terpaksa di tunda ke pukul 10. Apa ke jadahnya.

Polis hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit saja. Ini menyebabkan
pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Majlis menjadi ceria dan gamat apabila DS Anwar muncul di pentas.
Anwar hanya diberi masa 15 minit saja untuk berucap. Selepas itu pembesar suara dimatikan dan polis mengheret beliau turun dari pentas. Ini membuatkan hadirin menjadi marah. Pada jam 11.30 malam polis menyerbu orang ramai. Majlis yang asalnya aman menjadi huru hara.

Sehingga berita ini ditulis jam 11.45 malam tadi, suasana masih kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Kempen itu khabarnya dinamakan ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

Guest
salam. i was there. tak sepatutnya satu ketumbukan polis termasuk FRU membuat kepungan empat penjuru terhadap pendengar ceramah. pegawai polis sepatutnya lebih berhemah kerana DS Anwar dah bagi ucapan penutup dan mengarahkan supaya hadirin yg berada di dalam kawasan pusat khidmat MP dan di bawah khemah supaya berdisiplin. 15 minit yg diberikan kepada DS Anwar telah dipatuhi. so, what the heck man.????
BUDAKBOY

2 comments: