Wednesday, March 30, 2011

Gadis 12 tahun melahirkan anak

lakaran hiasan
Groningen - Seorang pelajar perempuan dari Groningen, Belanda utara yang berumur 12 tahun melahirkan seorang bayi perempuan minggu lalu ketika dia dan kawan-kawannya sedang mengikuti school trip.

Dia tidak tahu yang ia hamil, begitu juga ibu bapanya, kerana tidak ada tanda-tanda luaran yang ia sedang hamil. Tidak diketahui berapa usia kehamilan remaja itu tatkala dia melahirkan bayinya.

Semasa dalam perjalanan ke satu destinasi bersama kawan sekelasnya dia mengadu sakit dan kejang perut. Seorang superviser segera memanggil ambulan. Jururawat mendapati gadis itu segera akan bersalin. Mereka membawanya ke bangunan berhampiran dan gadis itu melahirkan bayinya di sana.

Gadis itu dirawat dirumah sakit Groningen. Dia dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

No comments:

Post a Comment