Interlok adalah hasil karya seni yang tinggi nilainya dari Sastrawan Negara, Datuk Abdullah Hussein, yang memenangi hadiah penghargaan 'Peraduan Mengarang Novel 'sempena 10 tahun merdeka.
Panel bebas yang diketuai oleh pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Shamsul Amri Baharuddin dijadual bertemu Muhyiddin yang juga menteri pelajaran mencadangkan supaya perkataan "paria" dalam karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu digugurkan.
Sebab penggugurannya bukan atas alasan sensitif, tetapi kerana kesalahan fakta. Kata Uthaya Sankar seorang penulis yang juga ahli panel. Watak Maniam(watak utama) bukan lah seorang ‘paria’ kerana dia mempunyai rumah, tanah dan beberapa ekor lembu yang ditinggalkan di India kepada isterinya. Dia datang ke Malaya pada 1910 menaiki kapal air untuk mencari pekerjaan di sini (Malaya).
Fakta-fakta lain yang ada isu sensitif kaum (Melayu dan Cina ) juga dicadang digugurkan.
Fakta-fakta lain yang ada isu sensitif kaum (Melayu dan Cina ) juga dicadang digugurkan.
Watak Taukeh Cing Huat yang suka menipu kaum Melayu dan mengatakan Orang Melayu bodoh dan malas mungkin akan dibuang juga.
Laporan 30 muka surat itu telah diserahkan kepada Menteri Pelajaran untuk dibawa ke mesyuarat kabinet jumaat ini.
Anggota lain panel itu ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz, Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Datuk Zainal Abidin Borhan; Prof Madya Dr Lim Swee Tin dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan, Uthaya Sankar SB iaitu presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan -
PS; pembaca tidak akan menemui yang asli lagi.
No comments:
Post a Comment