LONDON: Seorang Pelajar universiti, Tirion Lewis, 19 dibelasah teruk hingga koma selama sebulan oleh bekas teman lelakinya, seorang peninju menyebabkan pegawai perubatan sukar mengecam wajahnya samada dia lelaki atau perempuan.
Pelajar universiti itu Tirion Lewis, telah dipukul, ditendang serta diinjak berulang kali di sebuah kawasan hutan.
Bekas teman lelakinya, Wayne Fox, 23 dari Aberystwyth digugurkan daripada tuduhan cubaan membunuh. Tetapi berdepan dengan hukuman penjara selepas mengaku menculik Tirion dan menyerangnya di Aberystwyth Wales Barat.
Sebelum kejadian, Tirion sedang mendengar muzik dalam kereta dengan seorang rakannya Miriam Evans, 19 di luar rumah keluarganya , tiba-tiba Fox, 23 menyerbu kenderaan itu. Fox yang bertubuh tegap itu kemudian memaki hamun dan menyoal Tirion “Kenapa anda melakukan ini kepada saya” Demikianlah kenyataan yang diberitahu di mahkamah. Kejadian ini berlaku pada 2 September 2009.
Fox kemudian menumbuk cermin kereta hingga pecah , dan memasukinya sebelum memandu kenderaan itu dengan Tirion dan rakannya, Miriam Evans, 19, berada di dalam, menuju ke kawasan hutan. Kawan karibnya, Miriam juga dipukul teruk . Mereka berdua masih troma dengan kejadian itu.
Tirion dan Miriam |
errr,,kejamnya...huk
ReplyDeletenie baru belasah... tu belum pukul, bantai dengan besi cangkku.. silap2 kene rogol dengan ntah hapa2 teknik, ending dipotong-potong... (mungkin hidup-hidup) dan dibakar....
ReplyDeletemanusia akhir zaman.. yang melampau kejam...
yang melampau buat tidak tahu....
ni kes sakit hati.tenggelam punca.macam tu la manusia.
ReplyDelete