Friday, March 18, 2011

Rakyat Jepun Hebat, Kuat , Beretika Menghadapi Tiga Bencana

Kecekapan Jepun menangani tiga bencana besar sekaligus, yakni gempa bumi, tsunami, dan radiasi nuklear, memukau dunia. Cara Jepun menguruskan bencana alam sangat menakjubkan, dan mendapat pujian antara bangsa. Mereka adalah bangsa bertamadun.


Televisyen , media cetak, radio, dan web berita online di seluruh dunia telah melayari bencana itu. Dunia berterima kasih kepada Jepun kerana berita, gambar yang diperolehi dari media Jepun cukup cepat dan telus.

Bencana alam yang mengorbankan lebih kurang 10,000 orang dan 10,000 lagi hilang dapat diketahui dengan cepat oleh penduduk dunia, kerana kecanggihan media Negara moden itu. Kerajaan Jepun tidak cepat panic dan segera mengerah bala tentera, badan sukarela, kapal, pesawat beropeasi dua kali ganda. Mereka mengumpul kekuatan dan kembali hidup secara normal, walau pun dalam keadaan pilu.

100,000 tentera, dan 145 dari 170 rumah sakit di seluruh daerah bencana beroperasi penuh.
Meskipun menderita lapar dan dahaga (krisis air bersih) ,
Jutaan rakyat di sepanjang ribuan kilometer pantai timur Pulau Honshu dan pulau lain di Jepun tetap sabar dan berdisiplin menunggu bantuan tiba. Sehingga hari keempat bencana alam itu berlaku ,tidak terdengan ada kecurian, atau atau perkara buruk berlaku.

Associated Press melakarkan, warga Jepun tenang dan sabar menghadapi bencana. Meskipun pilu kerana kehilangan orang tersayang, mereka menghadapinya dengan cekal. Ini membuatkan pemerintah senang menangi masalah.
Bencana terbaru pulak adalah bahaya radiasi nuklear akibat tiga letupan dan kebakaran pada reaktor Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi. Dari enam reaktor nuklear, empat di antaranya bermasalah. Jepun menimba pengalaman dari apa yang berlaku di Chernobyl. Mereka membangun sistem PLTN dengan lebih baik. Pemerintah menjamin tak akan ada kemalangan seperti Chernobyl di Jepun .

“Jepun adalah Negara yang paling bersedia di dunia” kata Elisabeth Byrs, juru cakap pejabat PBB untuk Perhubungan Urusan Kemanusiaan (OCHA), kepada Reuters.

Para blogger dan pengguna laman social dalam bahasa Inggeris memuji Jepun sebagai bangsa yang cekal, tabah dan sabar menghadapi bencana. Jepun adalah bangsa yang hebat, kuat dan beretika. Mereka bertanya bagaimana jika bangsa lain menghadapinya jika terjadi demikian.
Profesor Harvard University, Joseph Nye, mengatakan, bencana telah melahirkan Jepun sebagai bangsa soft power.
Negara lain yang pernah ditimpa bencana alam seperti, Pakistan ,Haiti, Cina segera meminta bantuan dunia, tetapi Jepun masih menimbang tawaran tersebut.

Hebat ! hebat!

Bagaimana kerajaan Malaysia akan menghadapinya jika terjadi tiga bencana besar segali gus ? Harap rakyat Malaysia juga tak akan panic. Pengajaran menerima gegaran beratus kali dalam setahun membuatkan rakyat Jepun menjadi bangsa yang kuat dan tabah.

Saya petik kenyataan Datin Rosmah dari tvs” Gempa bumi dan tsunami di Jepun harus member pengajaran kepada seluruh dunia”
“Ini pada diri daya adalah satu pengajaran kepada Negara-negara lain untuk apa-apa pun meeka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan ‘climate change’ dan green technologi’ (Awani)

Adakah kenyataan ini bermaksud mala petaka terjadi atas kelalaian Jepun ? Adakah ucapan ini mewakili Negara ? ini mengundang masalah. Nanti dunia fikir wanita pertama kita seorang yang tolol.
Saya dan rakyat Malaysia syorkan, Datin ni patut tiru macam Tun Dr Siti Hasmah. Beliau seorang yang cerdik, tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang sia-sia.







2 comments:

  1. Datin RM tu sebenarnya masih kurang ilmu dalam hal ini tetapi mahu juga berkata-kata kerana diminta untuk berhujah.Jadi dia bantai ja apa yg dia tau walaupun tak relevan

    ReplyDelete
  2. memang dia kurang ilmu tapi nak cakap juga.Ni yang buat rakyat tak suka.

    ReplyDelete